https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sebelum ini ada propaganda jahat ,murid perempuan pakai skirt

 
Oleh Mohd Sayuti Omar

Hari ini sebahagian lagi anak² tahun satu mula memasuki alam persekolahan. Ini termasuk tiga cucu saya seorang darjah satu, seorang darjah dua seorang pra sekolah.
 
Kerana uzur tidak sempat untuk saya melihat suasana persekolahan mereka khasnya di Manjung Perak. Apa yang dapat dilihat kiriman gambar bermula turun rumah hingga ke perkarangan sekolah kemudian di himpunan.
Saya dapati tidak ada perubahan kepada uniform sekolah itu.
 
 Murid lelaki berpakaian kemeja dan berseluar panjang. Murid perempuan pula berbaju kurung dan bertelekung. Manis.
 
Yang perempuan tidak ada pun yang pakai sket atau skaf buka kepala. Pakaian mereka menutup aurat wajib sopan berbusana Islam. 
 
Saya memerhati itu kerana sebelum ini ada propaganda mengatakan kalau kerajaan Malaysia dipimpin PH Anwar Ibrahim murid perempuan tidak dibenarkan pakai tudung dan berbaju kurung. Semua murid akan dikenakan pakai sket. 
 
Itulah yang dijaja dan dijual dalam medsos.
 
Apa yang tersaksi hari ini diseluruh negara, ternyata cerita murid perempuan akan dikenakan pakai sket adalah provokatif politik jahat semata² pihak² tertentu. Mereka yang mempercayai provokatif itu hendaklah insaf.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.