https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sekarang pun kena percaya sistem kehakiman


Oleh Belalang Jalan Riong

Suka Belalang ulang balik kenyataan pernah diucapkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjawat sebagai Perdana Menteri dulu selepas Mahkamah Tinggi mensabitkan Datuk Seri Najib Razak atas semua tujuh pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Bukan sahaja Muhyiddin tegaskan kerajaan hormat keputusan mahkamah, bahkan beliau gesa semua pihak letakkan kepercayaan kepada sistem perundangan serta kehakiman negara sebagai institusi bebas dan berkecuali.

Kenyataan itu patutnya dijadikan 'azimat' kepada pemimpin Perikatan Nasional (PN) apabila Muhyiddin menjadi bekas Perdana Menteri kedua dihadapkan ke mahkamah.

 Malangnya, Belalang lihat sebahagian pimpinannya terlupa dengan kenyataan pernah dibuat Pengerusi PN dan Presiden BERSATU itu hingga pelbagai dakwaan dilemparkan, bahkan ramai pula tinggalkan tanggungjawab asasi sebagai ahli Dewan Rakyat.

Belalang percaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara tidak akan terburu-buru membawa kes itu ke muka pengadilan sekiranya rasa belum cukup bukti. 

Namun, Muhyiddin mempunyai ruang untuk mempertahankan diri berdasarkan kepercayaannya kepada sistem perundangan dan kehakiman itu.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.