Nik Nazmi tunjuk bukti tanah rizab Melayu di Kedah menurun
SHAH ALAM - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad menunjukkan bukti tanah rizab Melayu di Kedah mencatatkan penurunan antara tahun 2021 sehingga 2022.
Tangkap layar data itu dikongsi oleh beliau menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.
Beliau berkata, jumlah keluasan asal tanah rizab Melayu di Semenanjung yang dinyatakan dalam jawapan beliau di Dewan Rakyat baru-baru ini adalah berdasarkan data Pejabat Tanah dan Galian (PTG) setiap negeri.
“Kalau dengar jawapan penuh saya di Dewan Rakyat, saya merujuk semua data yang diberikan oleh PTG setiap negeri.
“Secara keseluruhan keluasan tanah rizab Melayu memang meningkat (daripada tahun 1947 hingga 2022).
“Penurunan Kedah merujuk kepada data antara 2021 hingga 2022,” katanya.
Nik Nazmi pada 29 Mac lalu memaklumkan, jumlah tanah rizab Melayu di Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurun antara tahun 2021 dan 2022.
Beliau menjelaskan, tanah rizab Melayu di Kedah berkurang daripada 721,888.93 hektar kepada 716, 537.28 hektar.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.