https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kalimah Allah: K'jaan nak pinda akta agar tiada kes dibawa ke mahkamah


Perdana Menteri hari ini berkata kerajaan sedang mengkaji untuk meminda atau membatalkan semua undang-undang yang bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu berhubung penggunaan kalimah Allah.

Menurut Anwar Ibrahim antara langkah itu ialah bagi membolehkan kalimah Allah hanya digunakan oleh orang Islam di Semenanjung Malaysia, manakala untuk bukan Islam di Sabah dan Sarawak diberikan sekatan.

Menafikan tindakan menarik balik rayuan kes mahkamah baru-baru ini sebagai suatu kelemahan, Anwar berkata langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan ia tidak boleh dipertikaikan lagi di mana-mana mahkamah.

Katanya keputusan tersebut dibuat atas pandangan diberikan Peguam Negara Idrus Harun.

"Kalau tidak, kita buat rayuan (kemudian) kes berbangkit lagi kerana ada percanggahan (dalam undang-undang).

"Sebab itu kerajaan tamatkan dengan pinda semua peraturan (berkaitan) supaya jelas dan tidak ada kes boleh dibawa ke mahkamah.

"Bagi saya, ini lebih jelas ada kekuatan... (justeru) apa yang lemah?

Pertikaian di antara pihak kerajaan dan pembangkang mengenai isu penggunaan kalimah Allah merujuk kepada kes dibawa penganut Kristian dari Sarawak, Jill Ireland, pada 2021.

Ia dirujuk ke mahkamah selepas pihak berkuasa merampas sejumlah cakera padat milik wanita terbabit sewaktu dia tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada 11 Mei 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Nor Bee Ariffin pada 10 Mac 2021 memutuskan kerajaan melakukankesilapan semasa mengeluarkan larangan penggunaan kalimah "Allah" kepada masyarakat bukan Islam pada 1986.

Anwar berkata demikian menjawab soalan tambahan dikemukakan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang menggesa kerajaan mewajarkan keputusan untuk menarik balik rayuan dalam kes Jil.

Terdahulu Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) membangkitkan pertanyaan asal mengenai adakah kerajaan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan berunding dengan majlis agama Islam negeri-negeri sebelum membuat keputusan sedemikian.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.