https://critoxium.com/shop/

Terkini

Saya Simpati Dengan Derih Ahmad


Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadh

Jangka saya, selepas pernah jadi menteri kabinet, Derih Ahmad menjadi lebih terbuka dan rasional dalam menilai sistem politik demokrasi yang teramal di Malaysia.

Dari sudut demokrasi, semua parti politik berkedudukan setara. Layak diundi dan layak ditolak dalam pilihanraya. Kecuali, Derih Ahmad rasa partinya lebih Islam daripada parti lain. Aqidah partinya lebih hampir dengan syurga berbanding parti lain. 
 
Jika dia rasa begitu, bererti cara berfikir Derih tak berkembang walaupun pernah jadi menteri. Dia tidak belajar perkara baru daripada jawatan itu. Dia duduk di kerusi menteri, kemudian bangun dengan isi kandungan otak yang sama.
Apabila dia berkata, di Kelantan dan Terengganu, undi Umno bererti undi DAP, maka sangkaan saya ada kemajuan dalam pemikiran politik Derih selepas pernah jadi menteri adalah meleset.
Saya simpati!

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.