https://critoxium.com/shop/

Terkini

Zahid ajak Muhyiddin buktikan siapa pilihan rakyat

 


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai platform untuk menentukan tahap sokongan rakyat.

Malah, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhyiddin, yang juga Presiden BERSATU untuk menghadapi PRN tidak lama lagi.

"Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan gabungan parti beliau. Marilah kita sama-sama membuktikan pada keputusan PRN di enam negeri nanti, siapakah yang lebih diterima rakyat," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian pada sidang media Majlis Sambutan Hari Vaisakhi, di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Punjabi Malaysia, Datuk Gurjeet Singh Rhande dan Timbalan Presiden MIC, merangkap Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, PN yakin mampu meraih sokongan sekurang-kurangnya 70 peratus undi, terutama undi Melayu pada PRN akan datang.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kajian dan fakta menunjukkan gabungan BERSATU, PAS, GERAKAN, yang bakal bertanding PRN di enam negeri di Semenanjung berada di hadapan dari segi populariti dan kepemimpinan.

Sementara itu, Ahmad Zahid memaklumkan, perbincangan mengenai pembahagian kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) ketika ini sudah di peringkat akhir dan akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

"Majlis Tertinggi BN juga sudah menetapkan semua calon BN yang bertanding pada PRN akan menggunakan logo sendiri," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.