https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jangan politikkan isu kalimah Allah


Oleh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyeru semua pihak tidak mempolitik, mem- bangkit atau membahaskan isu kalimah Allah sehingga Majlis Raja-Raja membuat ketetapan muktamad.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah saranan itu bagi memastikan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia kekal utuh demi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi negara.

Baginda yang juga pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Is- lam Malaysia (MKI) berpandangan isu berkenaan perlu dibawa kepada MKI terlebih dahulu untuk dibincang.

Titah Baginda, tindakan itu yang di- persetujui Yang di-Pertuan Agong se- laras fungsi MKI untuk menasihati Ra- ja-Raja Melayu bagi menambah baik tadbir urus Islam pada peringkat persekutuan.

"Memandangkan per- kara ini melibatkan sensi- tiviti agama di Malaysia, isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Is- lam ini perlu dimuktamadkan dengan segera oleh pihak Kerajaan Malaysia dengan penuh hikmah dan tanggungjawab," titah Baginda dalam kenyataan.

Pada 7 Jun, Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim menyembah maklum komitmen kerajaan untuk merujuk isu penggunaan kalimah Allah melibatkan bukan Islam di Istana Kayangan di sini.

Sultan Selangor bertitah Anwar juga bersetuju dengan cadangan Baginda untuk membawa isu berkenaan kepa- da MKI pada Ogos sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja pada Oktober.

Baginda turut menyeru semua pihak menghorma- ti Perlembagaan Perseku- tuan, yang menjamin hak dan kuasa Raja-Raja Melayu dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam.

"Penyelesaian isu ini hendaklah dibuat berhati-hati berteraskan Perlem- bagaan Persekutuan, yang menetapkan Islam sebagai agama persekutuan tan- pa memprejudis hak orang lain untuk menganut dan mengamalkan agama lain dengan aman," titah Baginda.

Pada 17 Mei, perdana menteri ber- kata kerajaan menerima pakai keteta- pan enakmen negeri dan titah Yang di-Pertuan Agong pada Februari un- tuk mengekalkan dasar sedia ada ber- hubung kalimah Allah

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.