Ketika sendiri ditimpa kesusahan,masih memikirkan rakan
Tahun 1997 di hadapan Masjid Ar-Rahman, Lembah Pantai.
"Fek! Nampak Mahfuz!" soal Salahuddin.
"Entahlah... tak nampak pun," jawabku ringkas.
Bajunya kuyup, matanya merah. Semuanya gara-gara air semburan dari meriam air (water cannon) FRU. Akupun kuyup juga.
Lepas disuraikan pasukan FRU dengan meriam air, para peserta demonstrasi membantah kehadiran pasukan kriket Israel meluru ke kolah masjid untuk membasuh mata dan hidung yang kepedihan.
Aku keluar dari kawasan masjid selepas membasuh muka dan bertembung dengan Salahudin di luar pagar masuk.
Selepas dialog di atas, Salahudin masuk semula ke perkarangan masjid manakala aku mencari ruang dan peluang untuk 'play victim' melepasi sekatan FRU.
Itulah bezanya pejuang dengan penumpang juang.
Ketika sendiri ditimpa kesusahan, pejuang masih memikirkan rakan perjuangan dan masuk kembali ke medan juang.
Aku pula cari peluang untuk lari pulang.
Itulah sekelumit kisahku bersama sahabatku Allahyarham Salahudin ketika masing-masing di usia muda. Dia pergi lebih dahulu menemui sang Pencipta meninggalkan pentas dunia.
Ya Allah, ampunilah dia, rahmati dia, muliakan kematiannya, permudahkan segala urusannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah!
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.