https://critoxium.com/shop/

Terkini

Selamat Jalan Kekanda Salahuddin


Oleh Zulhazmi Shariff

Malam tadi amat sayu. Aku di Alor Setar menghadiri mesyuarat DAP Kedah pada petang. Maklum kanda sedang direhatkan jadi aku tak mau ganggu ziarah di hospital. Rupanya kanda dah nak "balik". 
 
Aku dengan Allahyarham Salahuddin Ayub yang aku panggil Bang Din mula rapat bila aku bersama Almarhum Dr. Lo'lo di Titiwangsa dan kemudian aku aktif dengan Dato' Mafuz aka Tok Put.
 
Seperti semua orang lain cakap.. Pak Bakaq (Abu Bakar Mohd Rashid) tulis panjang... Bang Din seorang soft spoken.. lemah lembut dalam tegas dan suka diplomasi hingga kadang-kadang kami panggil dia Ban Ki Moon yang pernah jadi Setiausaha Agung PBB dulu.
 
Kalau ada krisis dalam parti, Bang Din la yang akan diutus sebagai orang tengah. Ketika Krisis Pas Kedah di zaman Almarhum Ustaz Azizan dan Sanusi dengan Dato' Phakrol dan kumpulannya diutuskan Bang Din sebagai orang tengah untuk sekesaikan. Muhabalah dilakukan di Kompleks Pas Batu 10 hingga akhirnya Bang Din mengeluarkan air mata selesainya krisis.
 
Begitu juga bila Pas berhadapan dengan PasMa. Pas hantar Bang Din jumpa kami yang mewakili PasMa. Aku penasihat undang-undang PasMa dan Dato' Phakrol Pengerusi.
 
Semasa Bersih, Bang Din dan Tok Put ditahan polis di KL Sentral. Aku, Faiz, Aziz dan Putra wakili untuk saman Polis dan Kerajaan dan kami menang.
 
Bila PH berjaya bentuk Kerajaan dan Bang Din jadi Menteri Pertanian, aku jarang jumpa dia sebab dia sebok dan aku pun sebok dengan Hj Khalid.
 
Jatuh Kerajaan dengan PKP covid19, aku antara yang terkesan dari segi kewangan. Bang Din, aku nak mintak tolong sikit, duit tak dak ni. Teruih dia balas mesej mintak nombor akaun dan transfer kat aku. Jazakallah kanda.
 
Jadi Menteri lagi di KPDN.. aku jumpa dia makan singgang di Kg Baru hari jadi aku. Sembang macam-macam apa yang dia nak buat. Memang dia fokus kerja dia. Banyak yang dia nak buat tapi kalau tak jadi bukan sebab dia tapi sebab kurang sokongan. Orang yang ada dengan dia tak mencapai tahap yang dia harap. Dia nak marah orang? Bukan dia la... kalau dia nak marah pun dia diam sampai merah muka.
 
Aku seperti biasa budak jahat. Kadang-kadang duduk dengan dia aku kutuk dia jugak. Antaranya aku kutuk dia pasai apa yang dia bertanding di Dun di Johor? Aku kata hang dah Timbalan Presiden, Dun tu bagi la orang lain. Naikkan kawan-kawan dalam parti. Ni tak.. nak bertanding juga. Kawai kerusi ni. Dengan Onn Jaafar memang selalu kutuk dia. Gurau.
 
Dia jadi Menteri KPDN, aku selalu kacau dan dia akan respon segera. Aku bagitau dia stok minyak tak ada di NSK. Pagi ni aku mesej, petang esok dia serbu NSK.
 
Banyak kalau nak tulis. Terlalu banyak kenangan. Tapi aku simpan dan akan kenang serta jadikan panduan yang baik.
 
Bang Din... selamatlah di sana.
 
Ya Allah... Ya Allah, ampunilah, berkati, lepaskan dia dan biarkan dia pergi. Dan memuliakan tempat kediamannya, kembangkan dia. Dan memuliakan tempat kediamannya, kembangkan pintu masuknya, basuh dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkan dia dari semua kesalahan seperti baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada apa yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, daripada yang ditinggalkan, dan isteri lebih baik daripada yang dia tinggalkan. Letakkan dia di langit, dan lindungilah dia dari azab kuburnya dan fitnahnya dan dari siksaan api neraka.
Aku bersaksi Bang Din seorang yang baik. Jika ada sekelumit kesalahan Bang Din pada aku, aku tak simpan dan aku maafkan semuanya, cuma aku yang gagal mohon maaf jika aku ada salah silap pada Bang Din.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.