https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pelarasan gaji pensyarah, penjawat awam Oktober ini


JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju melakukan pelarasan tangga gaji pensyarah, profesor dan penjawat awam menerusi Belanjawan Madani kedua yang akan dibentang di Parlimen Oktober ini.

Beliau berkata ini sebagai langkah sementara sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan.

“Saya tengok pelarasan gaji pensyarah, profesor dan penjawat awam sudah 10, 12 tahun tidak dikaji, tidak dinaikkan padahal mengikut peruntukan, setiap 10 tahun perlu ada pelarasan,” katanya semasa sesi soal jawab dalam program Temu Anwar Johor Bahru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini hari ini.

Perdana menteri berkata justeru, satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji perkara tersebut.

Program Temu Anwar yang berlangsung selama sejam setengah itu dihadiri hampir 4,000 pelajar, pendidik dan orang awam.

Turut hadir Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan Naib Canselor UTM Ahmad Fauzi Ismail.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.