https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sah Pas Gila Talak Dengan UMNO


Oleh Shahbudin Husin

Apabila Pas tiba-tiba mahu bekerjasama semula dengam UMNO, apa lagi mahu dikata, melainkan inilah yang dikatakan gila talak namanya.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, kesediaan itu kerana PAS percaya sebahagian besar ahli UMNO masih sayangkan Muafakat Nasional (MN) yang diwujudkan oleh kedua-dua parti pada 2019, selepas BN gagal mempertahankan Putrajaya pada PRU14 lalu.

“Kita mesti buang yang keruh, gagasan MN masih terbuka dan Pas bersama Bersatu dalam PN yakin ummah ini perlukan penyatuan dan muafakat.

“Kita juga penuh yakin dalaman UMNO masih sayangkan gagasan ini,” katanya lagi.

Pun begitu, tambah Tuan Ibrahim, kerjasama dengan UMNO itu hendaklah tidak melibatkan pemimpin yang berpakat dengan DAP.

Aduhhh….apa lagi yang Pas masih nak bekerjasama dengan UMNO ini?

UMNO sekarang sudah bersama dengan orang lain dan tidak patut lagi Pas tergila-gilakannya.

Lagi pun, bukankah dulu Pas sendiri yang mengenepikan UMNO kerana terghairah ingin bersama dengan Bersatu, lalu secara diam-diam menganggotai PN?

Kenapa ketika itu Pas memilih menyertai PN, walhal ia sedang berasmara dengan UMNO dalam Muafakat Nasional!?

Mengapa sekarang tidak terus setia saja dengan Bersatu dalam PN?

Apakah Bersatu pasangan yang tidak memuaskan dari segi layanan?

Selain itu, gila talak Pas hanya ingin bekerjasama dengan UMNO dengan syarat tidak melibatkan pemimpinnya yang berpakat drngan DAP juga sebagai tidak masik akal sama sekali.

UMNO yang mana yang Pas ingin bekerjasama itu?

UMNO hanya ada satu dan keputusan parti bekerjasama dengan PH adalah keputusan kepimpinannya yang berhak berbuat demikian.

Tiada dua nakhoda dalam UMNO kerana keputusan pimpinan adalah mewakili UMNO secara keseluruhannya.

Pemimpin UMNO yang sudah keluar parti seperti Annuar Musa dan Shahidan Kassim bukan lagi mewakili suara UMNO yang sah.

Bahkan sama seperti Pas, mereka itu pun jenis gila talak juga.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.