Takiyuddin Dan Pas Hidup Dalam Bayang Ketakutan Sendiri
1.Kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, yang cuba mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Masjid Rusila dengan peristiwa Memali adalah tuduhan paling dangkal dan tidak berasas daripada seorang bekas menteri.
2.Untuk pengetahuan umum, peristiwa Memali berlaku pada tahun 1985, di bawah kerajaan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu.
Ia adalah peristiwa lama bukan dasar, bukan tindakan dan bukan pendekatan kerajaan hari ini.
Mengaitkan latihan APMM zaman kini dengan peristiwa lebih 40 tahun dahulu hanya menunjukkan PAS masih hidup dalam bayang sejarah sedangkan mereka boleh mendapat penjelasan dari tuan penasihat kerajaan negeri SG4 Tun Dr Mahathir.
3.Fakta sebenar amat mudah ,APMM menjalankan latihan keselamatan berhampiran Rusila, dan beberapa kakitangannya hanya singgah menunaikan solat di masjid, bukan mengadakan latihan dalam masjid. Namun, di mata Takiyuddin dan PAS, anggota yang datang berwuduk dan solat pun dianggap ancaman kepada Islam.Agaknya apa akan terjadi kalau Ketua Polis Negara pergi solat sebelah Takiyuddin.Agaknya hilang khusyuk. Soalnya, apa yang PAS takut sebenarnya?
Bayang pakaian seragam pasukan keselamatan, atau rasa ada dosa politik lama yang belum selesai ka?
4.Kerajaan hari ini di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kerajaan yang menghormati agama, mempertahan institusi keselamatan, dan mengutamakan rahmah.
Tidak ada sebab langsung untuk mana-mana agensi keselamatan menzalimi rakyat kerana kerajaan ini dibina atas dasar Madani, bukan dendam.
5.Peristiwa Memali adalah tragedi sejarah yang berpunca daripada politik keras kepala dan sikap menolak undang-undang.
Menggali semula luka lama semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat hanyalah taktik murahan PAS yang sudah ketandusan idea.
6.Sebenarnya, anggota APMM, polis dan tentera itu anak bangsa kita sendiri.
Mereka solat, berzikir, berpuasa malah ramai antara mereka yang lebih dekat dengan masjid daripada sebahagian pemimpin PAS sendiri.
Tapi di mata PAS, selagi tak berserban hijau dan tak angguk ucapan mereka, semuanya dianggap musuh.
7.Inilah penyakit lama PAS ,takut pada bayang sendiri, ketagihan menunggang agama.Mereka lebih sibuk hidup dalam kenangan silam daripada membantu rakyat menghadapi cabaran masa depan.
Kesimpulannya:
Peristiwa Memali itu kisah lama zaman Mahathir, tapi kebodohan politik PAS masih segar sampai hari ini.
MAHFUZ OMAR
Naib Presiden
Parti Amanah Negara
27 Okt 2025
Putatan,Sabah




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.