Kenapa orang berani buat dakwaan?
Oleh Fathi Aris Omar
Kenapa orang berani buat dakwaan yang bukan-bukan? Konon bahtera Nuh tersadai di sini. Konon orang Rom belajar bina kapal daripada orang Melayu. Kita marah, dan kita gelak mereka.
Tetapi kenapa orang suka buat dakwaan? Atau sanggup buka cerita palsu walau dalam perkara yang serius dan berat natijahnya?
Kita selalu suka kecam mereka yang buat dakwaan tanpa asas, tanpa rujukan dan tanpa kajian. Tetapi budaya ini bukan baharu. Sudah banyak kali dakwaan dilontar dan ada yang diyakini "benar".
Saya hurai ikut susunan imej di bawah:
1 dan 2: Patriots Studios pertikai dakwaan seorang guru yang menyebut kapal besar Nabi Nuh tersadai di wilayah kita
3. Profesor UIA tetap pertahan dakwaannya walau banyak pihak, termasuk luar negara, tidak dapat menerima dakwaan ini.
4. Dalam pertikaian dengan Singapura, wakil Malaysia memberi foto palsu, buat dakwaan reka-reka konon pulau Batu Putih dekat dengan Johor. Padahal foto ini palsu!
5. Buat dakwaan konon wujud Tujuh Wasiat Raja Melayu tetapi apabila disemak ahli-ahli akademik, tiada satu dokumen menyokong atau mengesahkan wasiat ini.
Tetapi ramai percaya. Siap buat seminar dan petik masukkan dalam dokumen termasuk laporan Jabatan Audit Negara! Nampak?
6. Sarawak dakwa (dan gazetkan) konon sudah bebas merdeka pada 22 Julai 1963 walau tiada bukti kukuh. Tarikh dan konteks tarikh ini masih dipertikai atau diperdebatkan.
Tetapi kenapa Sarawak sibuk hendak wartakan "merdeka" sebelum membentuk Malaysia?
7. Yang ini semua sudah tahu. Kelentong FIFA konon tujuh pemain dari luar negara ini ada asal-usul kelahiran di Malaysia 😆
Kau orang nampak? Dalam enam isu yang aku contohkan ini, dakwaan guru dan profesor itu sudah boleh dianggap kecil dan tidak serius.
(Bukan dakwaan profesor itu tidak serius. Memang serius dan berat. Tetapi dakwaan yang palsu atau tidak kukuh empat lagi kes ternyata lebih berat).
Sebab itu aku pernah tulis, jangan suka membuli profesor wanita dan (kini) guru wanita itu. Dakwaan itu tidaklah serius berbanding empat lagi kes 👇
- foto palsu jadi bukti dalam pertikaian Batu Putih
- wasiat raja yang tiada dokumen atau dokumen tidak dapat disahkan
- tarikh sejarah Sarawak yang masih tidak kukuh
- dokumen palsu tujuh pemain import.
Sebab itu aku cakap sekali lagi, jangan tengok hari ini dan setahun dua ini. Kemudian pakat marah, gelak dan menganjing mereka.
Sudah lama membudaya dalam negara kita dakwaan-dakwaan yang lebih berat dan serius tetapi tidak dibongkar.
Kenapa? Kau orang takut orang besar-besar? Hanya berani yang kecil-kecil, wanita pulak tu! Nampak?





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.