https://critoxium.com/shop/

Terkini

Amanah tangguh pemilihan, fokus persediaan PRU16, PRN


PETALING JAYA: Amanah memutuskan untuk menangguh pemilihan parti itu yang sepatutnya dijadualkan tahun ini, kata Setiausaha Agungnya Faiz Fadzil.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira PRU16 dan PRN Melaka, Johor, dan Sarawak yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

“Keputusan ini diputuskan mengikut Perkara 19.2 (j) Perlembagaan Amanah yang memberikan kuasa berkaitan penangguhan pemilihan untuk tempoh selama 18 bulan kepada JKP Nasional.

“Pemilihan parti akan diadakan sebaik sahaja urusan PRU dan PRN selesai tanpa menunggu tempoh penuh penangguhan 18 bulan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan sambil memaklumkan ia dipersetujui menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (JKP Nasional) semalam.

Dalam pada itu, Faiz berkata Amanah juga telah mengarahkan supaya negeri dan kawasan untuk segera menggerakkan jentera pilihan raya masing-masing bagi mengukuhkan kesiapsiagaannya menjelang PRU16 dan PRN.

“Amanah sebagai salah satu komponen gabungan kerajaan perpaduan akan mengambil tanggungjawab memartabatkan kedudukan orang Melayu melalui polisi-polisi yang mampu mengangkat sosio-ekonomi orang Melayu

“Selain itu, kita berhasrat memandu perubahan pemikiran orang Melayu untuk menolak sentimen Melayu terpinggir dan Islam terancam dimainkan pembangkang serta membawa naratif pemikiran baharu lebih rasional, progresif dan sederhana,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.