PBT Kedah Tidak Boleh Meroboh Kuil Haram — Kerajaan Negeri PAS Pegang Kunci
Oleh Aman Muhammad
Pagi ini aku telah menghubungi satu lagi PBT Kedah, ekoran maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan di Kedah, berhubung 2 kuil yang meragukan di Tupah, Kedah.
Ada 2 buah binaan kuil yang meragukan, iaitu satunya ialah betul-betul di tepi Jalan Pantai Barat Kedah, bertentangan dengan taman perumahan di situ.
Dan satu lagi binaan kuil meragukan di belakang kawasan perumahan, betul-betul dibina tepi Sungai Bujang.
Jarak antara kuil ni hanya 400+ meter sahaja.
Apa yang nenarik, binaan kuil di tepi jalan tu tiada dalam data Google Maps, manakala yang tersorok tepi sungai tu ditunjukkan dalam data Google Maps.
Alhamdulillah, staf PBT menyambut panggilan dan beri kerjasama yang sangat baik, aku namakannya Puan A.
Aku menyatakan hasrat untuk membuat aduan dan semakan status 2 kuil tersebut.
Puan A nampak kekok nak beri penjelasan, dia tanya officemate, dan panggilan diambil alih sekejap oleh Encik B.
Encik B mengesahkan, bahawa kuil besar di tepi jalan utama tu, memamg kuil tidak sah, dan memang sebelum ni pihak majlis pernah hantar notis perobohan kepada kuil tersebut.
Encik B pantas berkata pihak majlis tidak boleh pergi roboh macam tu sahaja, mesti ada kelulusan dari kerajaan negeri juga.
Encik B tambah lagi, kuil besar tepi jalan berada dalam tanah milik PGA Tupah.
Aku bertanya, bila pihak majlis hantar notis roboh?
Encik B jawab dah bertahun dah hantar, dan dia cakap terima kasih kepada aduan aku sebab selepas ni boleh ambil tindakan hantar notis roboh lagi.
Selepas tu panggilan bertukar kepada Puan A semula, dan kini dia nak submit repot mengenai satu lagi kuil sebelah sungai tu.
Aku tanya apa status kuil tu, Puan A jawab pihak majlis akan siasat, dalam tempoh 14 hari bekerja, tapi ikut urutan aduan sebelum ni juga.
Puan A berikan aku nombor aduan, dan aku beritahu dia insya Allah lepas 14 hari bekerja aku akan call balik untuk follow up aduan.
Kesimpulan ringkas:
1. Kuil besar di tepi Jalan Pantai Barat Kedah tu memang TIDAK SAH, dan pernah diberikan notis perobohan bertahun-tahun sebelum ini, namun kuil itu ingkar dengan notis perobohan tersebut.
2. Kuil di tepi Sungai Bujang pula akan disiasat oleh pihak PBT, dan aku akan follow up selepas 14 hari bekerja nanti.
3. Seperti jawapan PBT Kedah sebelum ini, PBT yang ini juga memberitahu tidak boleh merobohkan mana-mana kuil tidak sah selagi tiada kelulusan daripada kerajaan negeri walaupun sudah diberi notis perobohan.
4. Siapa kerajaan negeri Kedah hari ini?
5. Jawapannya ialah PAS.
Esok aku call PBT lain.
Insya Allah, aku dan rakyat Kedah akan lawan kuil-kuil tidak sah di Kedah walaupun cuba dihalang oleh PAS.
😉









Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.