https://critoxium.com/shop/

Terkini

“Bang Mat Sabu Buktikan Kepimpinan Melalui Teladan Pertanian”


Oleh Muhammad Fairul Al Qasas ·

Ada yang kutuk YBM Mat Sabu sebab suruh penjawat awam yang ada kesesuaian tempat/tanah untuk tanam sayur dan cili.

Untuk pengetahuan semua, sebelum Bang Mat bagi cadangan, dia sendiri dah buat walaupun dia menteri.

Dia bukan suruh saja-saja. Dia buktikan dia adalah contoh. Keliling Kuarters menteri pertanian dah ada pelbagai sayuran, nanas dan projek akuakultur.

Jadi yang kutuk..yang kononnya lebih pandai dari Menteri..kalau setakat cakap sahaja...tapi tak ada hasil, malu lah pada diri sendiri.


 

Yang kedua, soal keterjaminan makanan bukan sahaja bermaksud keupayaan negara untuk hasilkan semua jenis makanan.

Jika ada fikiran macam ni, nampak sangat tak faham makanan tu apa.

Sayur sahaja ada berapa banyak jenis.

Daging pun macam-macam. Belum kira beras dan tepung.

Jadi keterjaminan makanan itu adalah, Menghasilkan makanan sendiri + keupayaan import makanan tertentu + hubungan baik dengan negara pengeluar + stor simpanan negara.

Jadi benda ni semua kena jalan sekali. Sebab tu PMX Anwar Ibrahim awal lagi dah buat hubungan baik dengan pelbagai negara.

Malah cuba pujuk mereka eksport makanan ke Malaysia walaupun sebenarnya kita mampu hasilkan, contohnya Ayam Turki dari Russia.

Ada je penternak tempatan, tapi kerajaan tetap luluskan lesen import sebab antaranya untuk jalinan diplomasi keterjaminan makanan.

 

Dengan kata lain, bukan masa kau susah je baru nak kalut cari makanan luar. Tapi masa kau senang kau bagi peluang orang lain buat duit dengan kau juga.

Apa pun kepada Bang Mat, teruskan usaha dan amanah untuk memastikan pertanian dan keterjaminan makanan di Malaysia berlangsung dengan baik, lancar dan berkesan. 



 

Terima kasih

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.