https://critoxium.com/shop/

Terkini

PN Sedia Guna Logo Pas Jika Logo Gabungan Digantung


Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan menggunakan logo Pas atau mana-mana parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 sekiranya logo PN tidak dapat digunakan susulan perintah penggantungan oleh RoS.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penggunaan logo parti komponen merupakan antara pilihan yang sedang dipertimbangkan bagi memastikan kerjasama gabungan itu terus berjalan.

Menurut Takiyuddin, parti dalam gabungan tidak semestinya menggunakan satu logo bersama kerana mereka masih boleh menggunakan logo salah satu parti yang menjadi simbol bahawa mereka bergerak secara bersama.

Beliau turut memberikan contoh PRU 2018 apabila DAP, PKR dan Bersatu menggunakan logo PKR ketika PH ketika itu belum mempunyai satu logo bersama, sambil menegaskan perkara tersebut tidak bercanggah dengan undang-undang pilihan raya.

Katanya, sekiranya penggantungan PN masih berkuat kuasa, penggunaan logo Pas atau parti lain dalam gabungan menjadi antara pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Dalam masa sama, Takiyuddin berkata Pas tidak mempunyai masalah untuk menggunakan logo sendiri dan berharap Bersatu turut menggunakan logo Bersatu di Melaka, dengan bentuk kerjasama antara parti masih boleh diteruskan.

Takiyuddin turut menegaskan bahawa PN ketika ini mempunyai enam parti, iaitu Pas, Bersatu, Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia, Parti Pejuang Tanah Air dan Parti Bersekutu Sarawak.

Menurutnya, sekiranya Bersatu memilih untuk keluar daripada PN sekalipun, lima parti lain masih mempunyai hubungan yang kukuh dan ikatan antara mereka kekal mantap menjelang PRN Melaka.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.