51 negara bakal tandatangani larangan ke atas senjata nuklear
DENGAN krisis nuklear Korea Utara yang semakin serius, 51 negara pada
Rabu akan menandatangani perjanjian baharu melarang senjata nuklear
yang ditentang keras oleh Amerika Syarikat dan negara kuasa nuklear
lain.
Perjanjian melarang senjata nuklear itu sudah diterima pakai oleh 122 negara dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai berikutan rundingan yang diketuai oleh Austria, Brazil, Mexico, Afrika Selatan dan New Zealand.
Tiada satu pun daripada sembilan negara yang memiliki senjata nuklear - Amerika Syarikat, Rusia, Britain, China, Perancis, India, Pakistan, Korea Utara dan Israel - mengambil bahagian dalam rundingan itu.
Setiausaha PBB Antonio Guterres secara rasminya membuka acara tandatangan itu di PBB, menyifatkan ia sebagai satu peristiwa penting kepada perjanjian pelucutan senjata pelbagai hala pertama dalam lebih dua dekad.
Namun Guterres mengakui banyak yang perlu dilakukan untuk menghapuskan stok simpanan dunia berjumlah 15,000 kepala peledak atom.
"Hari ini kita meraikan peristiwa penting. Kini kita perlu meneruskan laluan berliku ke arah penghapusan senjata nuklear," kata Guterres.
Perjanjian itu akan mula dikuatkuasakan apabila 50 negara telah mengesahkannya.
Presiden Brazil Michel Temer yang pertama menandatangani perjanjian itu ketika acara berlangsung di luar Perhimpunan Agung PBB.
Upacara tandatangan itu berlangsung sehari selepas Presiden Donald Trump mengancam "penghapusan Korea Utara" sekiranya Amerika Syarikat dipaksa mempertahankan diri atau sekutunya.
Korea utara mencetuskan kebimbangan dunia berikutan pembangunan senjata nuklearnya, dengan ujian nuklear berkuasa keenamnya dan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua. – AFP

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.