Alkohol, politik identiti dan pseudo-liberal Malaysia
Oleh Haris Zalkipli
Penggunaan minuman beralkohol ialah sebahagian masalah utama dalam kesihatan awam di Malaysia dan juga seluruh dunia. Alkohol telah terbukti berperanan besar dalam menyumbang kepada kematian akibat kemalangan maut, jenayah dan pelbagai kecelakaan lain.
Peraturan tentang arak (yang berkait dengan masa jualan, pengiklanan dan sebagainya) ialah satu isu penting yang berkait dengan masalah-masalah tadi.
Sepatutnya, seperti di banyak negara maju, pihak wakil rakyat dan kerajaan (atau sebahagian kerajaan sebuah negeri) tidak mendorong dan menjadi pihak yang mempromosi alkohol dan pesta minum arak.
Tugas yang lebih wajar dan tepat dimainkan ialah berusaha menggubal dasar dan strategi untuk berdepan dengan masalah yang berkait dengan arak.
Sikap dan tindakan ahli politik DAP dan PKR dalam isu pesta arak di Kuala Lumpur memanjangkan lagi pergeseran "perang budaya" dan politik identiti di negara ini, menunjukkan kecenderungan mereka berkait kaum dan agama.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.