Perkelahan unik, makan sambil berendam kaki dalam sungai
Pemilik Castella Cafe, Mohd. Isa
Mohammed Ramli, 43, restoran diusahakannya memperkenalkan konsep
berkelah sambil makan di atas kerusi dan meja yang disediakan.
Katanya, kerusi dan meja makan yang dibina di sungai tersebut adalah menggunakan kayu dan buluh.
“Castella
Cafe ini berkonsepkan berkelah di sungai, iaitu makan atas meja yang
disediakan di sungai ataupun di pondok buluh yang dibuat khas.
“Biasanya,
pengunjung lebih berminat makan di meja kayu yang diletakkan di sungai
sambil merendamkan kaki di dalam air yang jernih dan sejuk,” katanya
ketika ditemui baru-baru ini.
Menurutnya, dia
gembira kerana konsep yang diperkenalkan itu semakin mendapat sambutan
ramai dan jumlah kehadiran pelanggan meningkat terutama pada musim
cuti sekolah dan hujung minggu.
Begitupun, katanya, dia berdepan cabaran terutama apabila setiap kali hujan lebat dan paras air sungai naik.
Malah katanya, ada kala kerusi dan meja yang disediakan untuk pengunjung menikmati juadah turut dihanyutkan arus deras.
Bagi
mengelakkan kerugian katanya, kerusi-kerusi itu terpaksa diikat kemas
dengan tali dan ditambat pada batang-batang pokok berdekatan sungai.
“Untuk
mengurangkan kos menyediakan kerusi meja itu, saya menggunakan
buluh-buluh yang kosnya lebih murah yang boleh didapati sekitar kawasan
kampungan dan sentiasa membaikinya sekiranya terdapat kerosakan,”
katanya.
Selain menikmati juadah, pengunjung
juga dapat merasai permainan rakit yang disediakan dan juga kanak-kanak
boleh bermain air dengan menggunakan pelampung.
Keselamatan
pengunjung juga terjamin kerana beberapa orang pembantunya turut berada
di sekitar sungai untuk memantau keadaan dan menjaga keselamatan
mereka.
Sementara itu, salah seorang pengunjung, Mohd. Syuhairil Ramli,
39, dari Felda Bersia, berkata, konsep santai, suasana tenang, bunyi
air mengalir membuatkannya tidak jemu-jemu untuk datang berulang kali ke
Castella Cafe.
“Sebulan sekali saya mesti
sampai ke sini bersama rakan-rakan sekerja menikmati juadah sambil kaki
bermain air dan ditemani nyanyian unggas-unggas rimba.
“Sekiranya
rakan-rakan yang jauh datang, pasti saya menbawa mereka ke tempat ini
dan menikmati suasana alam yang damai dan menikmati makanan yang tiada
di tempat lain,” katanya.
Rakannya, Shahrul Nizam Kamaruddin, 31, dari Kluang, Johor pula berkata, pertama kali mengunjungi Castella Cafe, dia sudah jatuh cinta.
“Selalunya
apabila berkelah, kita biasa menikmati juadah di tepi sungai, tetapi
di sini, kita menikmatinya di dalam sungai dan ia amat menarik dan
mengujakan.






Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.