BIARPUN angka-angka menunjukkan sebaliknya — membayangkan petanda
dukacita untuk Amanah di Terengganu, parti serpihan berusia dua tahun
itu cukup yakin ia boleh memimpin Pakatan Harapan (PH) merampas negeri
pantai timur itu pada pilihan raya umum akan datang.
Amanah di Terengganu setakat ini cuma dapat menarik 15% saja sokongan
ahli-ahli PAS. Kajian terbaru Institut Darul Ehsan (IDE) pula
menunjukkan ia hanya boleh dapat 2% sokongan di medan yang sebenarnya
jadi rebutan antara PAS dan Umno.
Namun tugas itu bukan mudah, kata Pengerusi PH Terengganu, Raja
Bahrin Shah yang mengakui parti itu tersepit di antara dua gergasi,
parti Islam PAS, dan Umno yang kini memerintah negeri.
"Angka-angka itu mengelirukan kerana banyak pengundi memilih
menyokong PH dalam diam," kata Raja Bahrin, mengulas perkembangan yang
menjadikan PH di Terengganu boleh diibaratkan sebagai "pakatan
halimunan".
"Puncanya ialah budaya dan sejarah politik di Terengganu yang
menyebabkan ramai ahli PAS yang kurang senang dengan pimpinan parti
Islam itu tidak berani menyatakan sokongan secara terbuka kepada
Amanah."
Kata Raja Bahrin, beliau bertemu dengan banyak ahli PAS yang takut
hendak menyertai atau menyokong Amanah, bimbang mereka akan dicap
sebagai kafir.
Beliau mengimbau sejarah politik di Terengganu, tempat bermulanya isu
kafir-mengkafir pada akhir 1980-an sehingga membawa perpecahan orang
Melayu yang buruk, yang kesannya masih terasa sampai ke hari ini. Inilah
negeri tempat lahirnya Amanat Hadi yang membahagikan orang Melayu
kepada dua: menyokong PAS atau menyokong Umno.
Dr Mahathir Mohamad sendiri yang melalui episod itu semasa jadi perdana menteri dan presiden Umno sehingga sekarang masih terasa apabila pernah dikafirkan oleh PAS. Isu Amanat Hadi berbangkit semula baru-baru ini ketika hangat gesaan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat peristiwa Memali.
Setelah PAS berpecah dan lahir Amanah, reaksi penyokong PAS begitu
keras terhadap mana-mana ahlinya yang menyertai parti serpihan itu.
Selain label pengkhianat, ada juga yang dipulau daripada majlis
kenduri-kendara, yang mengingatkan semula mereka yang pernah melaluinya
kepada episod perpecahan orang Melayu pada dekad 80-an.
"Ini menyebabkan bukan setakat penyokong, ramai pemimpin dan wakil
rakyat PAS yang menyokong Amanah dan tidak suka dengan pendekatan PAS,
tidak berani menyertai Amanah secara terang-terangan sehingga sekarang,"
kata Raja Baharin.
Menyedari masalah Amanah yang jadi halimunan di Terengganu, saban
minggu Raja Bahrin dan rakan-rakannya bergerak ke segenap tempat
berkempen memperkenalkan parti itu, masuk pasar keluar pasar, dengan
kereta traknya tanpa jemu.
Mesej utamanya, Amanah sebuah parti yang menggantikan PAS dan kini
mengetuai kempen PH mahu menggantikan kerajaan Barisan Nasional.
"Sembilan bulan terakhir menunjukkan perubahan besar untuk Amanah. Kami mula didekati," katanya.
Masalah sama juga dihadapi oleh Bersatu di Terengganu, melengkapkan PH sebagai parti halimunan di negeri pantai timur itu.
Jika Amanah berhadapan dengan PAS yang suka mengenakan label kepada
ahli-ahlinya yang menyokong Amanah, Bersatu pula berhadapan dengan Umno
yang berkuasa di segenap peringkat, dari sebawah-bawah peringkat kampung
sampai setingi-tinggi di pusat, yang mengawal segala projek dan jawatan
politik di negeri itu.
"Ramai penyokong Umno ini terikat dengan projek kerajaan dan pegang
jawatan di kampung-kampung. Jadi mereka takut mahu menyertai Bersatu
secara terang-terangan," kata Hambali Abdul Latif, Setiausaha Bersatu
Terengganu.
Jelas beliau, ramai ahli Bersatu yang kehilangan kontrak serta hilang
jawatan di peringkat kampung kerana dilihat mendekati pemimpin Bersatu.
Akibatnya, ramai penyokong Bersatu kekal dalam Umno.
Bagaimanapun, Hambali dan Raja Bahrin yakin ada peratusan besar
penyokong Umno dan PAS yang akan mengundi PH dalam pilihan raya umum
nanti khasnya di kerusi-kerusi bandar.
Raja Bahrin juga yakin pertandingan tiga penjuru pada PRU14 nanti tidak semestinya mendatangkan masalah kepada PH.
"Saya rasa dalam konteks Terengganu, pertandingan tiga penjuru
tidaklah seburuk yang disangka kerana Amanah boleh menarik undi ahli Pas
dan Bersatu boleh menarik undi ahli Umno," kata Raja Bahrin
Beliau menambah rakyat juga sudah bersedia untuk berubah, dan apa
yang perlu dilakukan oleh PH sekarang ialah memantapkan kerjasama
sebagai sebuah pakatan yang bermuafakat dan meyakinkan pengundi ini
masanya untuk memberi pakatan itu peluang.
Katanya lagi, keadaan sekarang sudah berubah, tidak sama seperti
semasa pilihan raya umum yang lalu, ditambah pula dengan kenaikan kos
sara hidup yang semakin membebankan rakyat, dan selebihnya, kedudukan
Umno negeri yang belum nampak keluar daripada pergolakan dalamannya.-The
Malaysian Insight.
Pakatan jadi halimunan di Terengganu
Reviewed by DetikDaily
on
September 27, 2017
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Dapatan firma kaji selidik Merdeka Center mengenai sokongan pengundi – yang bocor – menunjukkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berdepan mas...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.