UMURNYA sebaris dengan usia negara. Jiwanya melekat pada Umno lebih
dua dekad. Namun, selepas kecewa dengan parti terbesar Melayu itu, Umi
Kalsom meninggalkannya pada zaman reformasi 1998. PAS jadi pilihannya.
“Saya dulu membesar dengan Umno dan jadi ahli sejak umur 15 tahun.
Saya masuk PAS sehinggakan adik beradik marah sebab mereka Umno. Saya
pernah disingkirkan keluarga,” kata ibu kepada tujuh anak itu.
Akui pernah menyayangi Umno, tetapi beliau menukar haluan kerana
melihat banyak kepincangan dalam parti itu. Beliau mendakwa wakil rakyat
Umno amat berbeza daripada dahulu.
“Wakil rakyat (Umno) dulu sangat berbeza. Saya dahulu tinggal di
Melaka. Dulu mereka mendekati rakyat bila-bila masa. Mereka juga tidak
perlu rumah besar. Sekarang? Segalanya besar.
Namun dua tahun lalu, selepas perpecahan Pakatan Rakyat, ia sekali lagi mengecewakan wanita separuh abad ini.
Tanggal 16 September, ibu tujuh anak itu sekali lagi beralih fahaman
politik dan memilih parti serpihan PAS iaitu Amanah. Ia dilakukan demi
menuntut perubahan dalam negara.
“Amanah saya sertai sejak parti itu tertubuh. Dulu saya pilih PAS
kerana mahu ke arah Islam. Umur pun waktu itu sudah 40 tahun.
“Bagi saya kini, sertai Amanah pun sama juga tiada beza. Mereka juga
ada buat usrah.Tapi bila keluar daripada menjadi ahli PAS saya dilabel
macam-macam. Keluar PAS bukan bererti murtad.
“Makcik dulu pergi PRK bantu. Tapi kalau nampak penyokong PAS, mereka
tak nak pandang kita langsung,” kata Umi yang sering turun padang
membantu jentera pilihan raya.
Umi Kalsom merupakan ibu kepada aktivis Syefura Othman yang menyertai pimpinan muda DAP.
Gadis Melayu bertudung yang lebih dikenali sebagai “Rara”, beberapa
tahun lalu menjadi bualan hangat selepas penyertaan Dyana Sofya dalam
parti DAP.
Bagaimanapun, Umi menghormati pendirian satu-satunya anak perempuannya yang menyertai parti majoriti Cina itu.
Beliau malah menganggap anak muda masa kini lebih tertarik untuk menyertai pakatan pembangkang berbanding kerajaan.
“Tujuh orang, hanya seorang saja perempuan iaitu Rara. Anak saya
semua sokong Pakatan Harapan. Bagi saya, tak kisahlah. Mereka ada
pendirian dan fahaman masing-masing.
"Lagipun sekarang anak muda tak ramai yang berpihak kepada kerajaan," katanya
Warga emas juga sudah berpaling dari Umno
Bagi Umi, perjuangan Umno mungkin sudah sampai ke penghujung kerana
beliau mendakwa ramai individu sebayanya sudah tidak menyokong parti
tertua itu.
“Warga emas sebaya makcik yang mana kurang bergaul, mereka mungkin
susah nak keluar Umno. Ada pendapat mereka sayang parti dan jenama
parti.
“Tetapi kalau yang banyak membaca (media alternatif) dan terima
maklumat. Saya percaya mereka tidak lagi bersama Umno walaupun kita tak
nampak.
“Kalau dulu, Umno sering takut-takutkan orang kampung, kalau kita kalah akan diancam DAP. Sekarang susah untuk main isu kaum.
Bangkit dari kanser payudara
Umi menjadi suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin dengan
suaminya, Othman Ariffin, 66, bekas penjawatan awam dari kementerian
pertahanan.
Ulang tahun perkahwinan pada 1 September lalu merupakan yang ke 38 merupakan satu peristiwa yang bermakna buat Umi.
Beliau bersyukur kerana masih dapat bersama suami dan keluarga
tercinta selepas pulih dari kanser payudara tahap dua yang dialami pada
2001.
“Dua tahun saya jalani rawatan. Alhamdulillah saya ada suami dan anak-anak yang menjaga. Rara waktu itu yang banyak jaga saya.
“Saya bukan saja kena kanser tetapi juga terkena kayap. Dan waktu itu
semua ingat saya sudah tiada harapan.Tetapi kuasa Allah, masih hidup
dengan izinnya.
“Saya harap saya dapat melihat perubahan Malaysia kerana sekarang
pembangunan makin maju tetapi kos sara hidup juga tinggi. Rakyat
sekarang tersepit,” katanya yang pulih sepenuhnya dari kanser pada
tahun 2003.
Bagi Umi, sebagai anak merdeka beliau mahu isu-isu kemiskinan dan kos
sara hidup dapat diselesaikan kerana itu adalah kunci rakyat membangun
bersama jati diri.
"Sekarang, orang tertekan dengan kos sara hidup. Bawa kereta pun
macam orang gila. Mereka pentingkan diri sendiri. Semangat mereka
terhadap negara pun kurang.
"Masyarakat sekarang kurang patriotik. Bendera pun kalau bagi percuma
belum tentu mereka ambil. Kenapa jadi macam ni? Kerana masing-masing
tertekan."
Tukar parti, cari Malaysia yang lebih baik
Reviewed by DetikDaily
on
September 26, 2017
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin. Ramai yang panggil Ker...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.