Wajib ada ketua menteri Melayu Pulau Pinang
Oleh Hasmi Hashim
Donald Trump yang begitu nyaring suara
perkaumannya pun menyebutkan dia bukan presiden hanya untuk orang kulit
putih sahaja. Cakap-cakap sebegitu, ketika seseorang mempunyai kuasa
adalah retorik biasa. Tak lagi mempesona.
Sejak dari mula gesaan ketua menteri Melayu dibangkitkan, memang saya tidak tuliskan peratusan pengundi Cina (53.9 peratus), Melayu (34.7) dan India (10.8 peratus) di Pulau Pinang. Stastistik itu adalah angka lama yang terpakai untuk PRU 2013 lalu. Statistik terbaru belum dikeluarkan lagi oleh SPR.Petunjuk terbaru yang ada hanya yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara tentang populasi penduduk Pulau Pinang sehingga tahun ini.
Fakta itu lebih penting bagi menggambarkan pecahan penduduk mengikut kaum - di mana akhirnya seseorang ketua menteri wajib menjadi pentadbir bagi semua rakyat Pulau Pinang. Bukan sahaja kepada para pengundi mereka sahaja.
Melayu majoriti
Orang Melayu kini adalah masyarakat majoriti Pulau Pinang. Bukan lagi minoriti.
Sejak tiga tahun lalu, jumlah Melayu sudah melebihi populasi kaum lain.
Maknanya, tanpa seorang ketua menteri Melayu, kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang sedang membuka pandora untuk tercetusnya masalah kaum di sana. Terutama pada tahun-tahun mendatang.
Orang Melayu di Pulau Pinang hari ini berjumlah 728,800 orang. Diikuti kaum Cina seramai 694,000 dan India 166,100 orang. Mengikut pecahan usia, majoriti Melayu itu adalah di bawah 40 tahun. Maknanya demografi Pulau Pinang akan berubah begitu drastik tak berapa lama lagi.
Hanya setahun selepas PRU lalu, jumlah masyarakat Cina seramai 684,7 00 dan Melayu seramai 684,500 orang.
Lebihnya hanya sekitar 200 orang sahaja. Populasi Melayu terus meningkat pada tahun berikutnya, iaitu pada 2015 dengan jumlah 705,400 berbanding kaum Cina 658,800 orang.
Memang peningkatan populasi Melayu berlaku bukan sahaja di Pulau Pinang. Tanpa sebarang inisiatif kerajaan negeri kepada agama Islam di Pulau Mutiara itu pun, populasi Melayu tetap bertambah. Maknanya peningkatan kaum Melayu hampir tidak ada kena mengena dengan apa sahaja yang boleh diambil kredit oleh kerajaan negeri.
Keadaan serupa juga berlaku di Perak, Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan hampir di semua negeri di Malaysia. Bahkan di Perak dan Kuala Lumpur misalnya, di saat populasi Melayu meningkat, anehnya populasi kaum lain seperti Cina dan India pula menurun.

Politik majoriti
Politik demokrasi di mana pun di dunia adalah berasaskan politik majoriti.
Tanpa asas ini, kemungkinan untuk wujudnya ketegangan kaum atau wilayah bila-bila masa sahaja boleh tercetus.
Atas alasan itu jugalah selama 60 tahun negara merdeka, tidak pernah seorang pun ketua menteri Pulau Pinang dilantik dari seorang Melayu. Sebabnya mudah, memang negeri itu majoritinya adalah kaum Cina.
Politik baru Pakatan Harapan tidak boleh hanya meniru seratus peratus politik usang BN. Ibarat tukar kulit sahaja.
Perkara ini penting diketahui termasuk oleh mereka yang baru berhijrah ke dalam parti-parti di dalam Pakatan Harapan. Mereka tidak boleh pakai format BN yang selalu digunakan sebagai propaganda lapuk media Umno bagi mempertahankan sesuatu parti. Fakta tetap fakta.

Parti paling banyak tidak semestinya menjadi parti yang ‘layak’
mengetengahkan ketua negeri. Kita tahu bagaimana di Perak selepas PRU
2008 - mungkin ramai belum bersama Pakatan Rakyat ketika itu -menteri
besar yang dipilih bukan daripada yang menang paling banyak kerusi.
Ir Nizar Jamaluddin dilantik menteri besar adalah dari PAS. PAS bukan parti yang menang paling banyak kerusi. Kalau masih diikutkan parti paling banyak, kononnya, dah tentu DAP yang perlu mengisi jawatan menteri besar Perak.
Apa yang penting dalam perlantikan seseorang ketua negeri ialah dia wajib mendapat sokongan majoriti anggota DUN. Begitulah yang wujud di Selangor sekarang apabila menteri besar dari PKR mendapat sokongan majoriti anggota DUN, walaupun PKR mempunyai 13 kerusi DUN semasa.
Jawatan dua penggal
Sebenarnya semua hujah dan fakta ini sudah saya tulis dan bentangkan di dalam tulisan-tulisan terdahulu. Sayangnya ada segelintir yang cuma memberi komen namun tidak cermat dalam membaca, menilai dan berfikir.
Paling penting asas gesaan ini ialah kerana ketua menteri sekarang sudah pun memegang jawatan selama dua penggal!
Barang diingat, antara manifesto Pakatan Harapan ialah mahu mewajibkan seseorang ketua negeri atau negara memegang jawatan untuk dua penggal. Janji ini bukan baru.
Sekarang janji sama diulang lagi. Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengulanginya di dalam banyak ceramah. Begitu juga untuk Sabah dan Sarawak, jawatan ketua menteri kedua negeri itu juga dijanjikan dihadkan dua penggal.

Cakap harus serupa bikin
Oleh itu, cakap harus serupa bikin. Kata wajib dikota terlebih dahulu sebagai komitmen demi menimbulkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Harapan.
Antara perdebatan yang timbul sehingga WARISAN tidak mahu menyertai Pakatan Harapan di Sabah juga berpunca daripada masalah sama. Naib Presiden WARISAN, Junz Wong mempersoal keikhlasan Pakatan Harapan di Sabah apabila baginya hanya pandai mengena pelbagai syarat kepada Sabah.
“Saya tak mendengar mereka (Pakatan Harapan) bercakap sesuatu tentang Lim Guan Eng yang kini sudah dua penggal sebagai ketua menteri Pulau Pinang. Jadi, mengapa syarat itu hanya baik untuk Sabah?” katanya seperti dipetik sebuah portal berita.

Begitulah Pakatan Harapan tidak boleh membelit kaki sendiri dengan
janji yang tak sejajar antara Sabah-Sarawak dengan negeri-negeri lain.
Hilang undi Melayu
Sekiranya DAP menolak gesaan ini, kemungkinan DAP akan hilang teras undi Melayu adalah sangat besar, terutama selepas PAS menarik diri daripada gabungan politik pembangkang.
Kalau pun kesannya nanti DAP bakal hilang banyak kerusi, harap-harap sikap keras dan tidak pragmatik itu tidak pula menjejaskan Pakatan Harapan secara keseluruhan.
Perubahan di mana pun di dalam sejarah dunia tak bermula dengan ramai. Pengajaran besar yang wajar dipetik sejak era Reformasi 1998 iaitu menginsafi betapa propaganda tidak akan lebih tinggi letak duduknya ketimbang fakta dan kebenaran.
Manusia seperti Trump tak pernah menyedari hakikat ini. Mujurlah ‘Trump Malaysia’ belum muncul jelas wajah
HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.