Banjir P. Pinang bukan pesta air lagi
Oleh Farush Khan
SAYA membesar di kawasan-kawasan kampung yang dibangunkan atas tanah wakaf di Pulau Pinang.
Dari usia 4 ke 13 tahun, saya tinggal bersama keluarga di Kampung Makam, yang pada masa itu mempunyai 56 buah rumah, kebanyakannya rumah papan dua tingkat bertangga batu dan bertiang.
Penduduknya tentulah orang Islam, kebanyakannya Melayu sementara
segelintir keturunan India. Ada satu dua keluarga dari-pada keturunan
Arab.
Macam mana boleh jadi begitu saya tidak tahu, tetapi sejak keluarga saya berpindah ke kampung itu pada 1954 hinggalah ke hari ini, terdapat sebuah kedai Cina jual barang-barang runcit yang berdinding dan berbumbung zink.
Menariknya, sekali sekala, apabila hujan lebat, halaman empat lima biji rumah yang dekat dengan Sungai Pinang akan dinaiki air.
Bagi mereka remaja, air yang naik setakat 1 meter itu sudah cukup bagi dijadikan kolam besar untuk berenang dan bermain polo air.
Kanak-kanak sama ada ber-diri keliling kawasan itu untuk tolong kutip bola atau bermain kejar-kejar.
Berjam-jam kami bermain hingga kecut jari dan menggigil kesejukan sehinggalah dimarahi ibu bapa dan dipanggil balik. Bagi kami ia adalah pesta air.
Pada suatu pagi pada peng-hujung tahun 50-an, penduduk kampung itu tiba-tiba dikejutkan dengan air pasang setinggi lebih 1 meter.
Masa itu, air naik di sekitar empat atau lima buah rumah, tetapi melibatkan hampir semua 56 buah rumah di seluruh kampung.
Kampung Makam terletak dekat Jalan Dato' Keramat dan hanya 4 kilometer dari pusat bandaraya
Habis kayu, papan, perabot, perkakas rumah, kerusi meja, dan apa sahaja yang boleh terapung memenuhi sekitar kampung. Masa itu semua tandas menggunakan tong getah.
Bayangkan anak-anak berenang dan bersuka ria dalam air keruh dengan berpuluh-puluh tong tera-pung di seluruh kampung.
Bagi kanak-kanak dan remaja, biar apa pun yang terapung, biar keruh macam mana pun air, ia tetap suatu pesta air yang sangat menyeronokkan.
Yang lebih bernasib baik guna-kan getah tayar sebagai pelampung. Yang lain sekadar memeluk batang pokok, kayu atau papan.
Masa itu kami tidak tahu, bahkan tidak peduli kenapa air boleh tiba-tiba naik mendadak di seluruh kampung.
Lama kemudian baru kami memahami rupa-rupanya kampung itu ditenggelami air kerana kawasan berdekatan sudah ditambak untuk projek perumahan, bangunan perniagaan dan sebuah panggung.
Counter Hall, juga terletak di tebing Sungai Pinang, dekat Stadium Pulau Pinang, adalah antara kawasan yang dinaiki air setiap kali hujan sejak dahulu lagi.
Ketika dalam Darjah Satu hingga Darjah Empat di Sekolah Umum Dato’ Keramat, sekali sekala saya ikut rakan sedarjah, Nasir, ke rumah neneknya di Counter Hall. Nasir adalah anak seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Paling seronok kalau kawasan itu dinaiki air. Kami randuk sampai basah uniform sekolah sebelum saya meneruskan perjalanan balik ke rumah. Masa itu saya sudah tinggal di Kampung Dodol, Jalan Perak, yang jarang dinaiki air.
Hari ini Counter Hall terus dinaiki air setiap kali hujan, apa lagi dengan wujudnya penambakan kawasan untuk projek-projek pembangunan di sekitarnya. Wallahuaklam.
Hari ini saya turut bersimpati dengan penduduk-penduduk Pulau Pinang dan kawasan utara yang mengalami masalah banjir teruk.
Kali ini bukan sahaja Counter Hall dan beberapa kampung yang saya tinggal dinaiki air, malah merata tempat di seluruh Pulau Pinang ditenggelami air dengan teruk.
Dengan beberapa kes kematian dan kerugian harta-benda akibat banjir yang melumpuhkan Pulau Pinang serta melibatkan Kedah, Perlis dan utara Perak, ia tidak lagi boleh dipandang remeh.
Malah, tindakan Kerajaan Persekutuan, beberapa kerajaan negeri dan badan-badan sukarela membantu mereka yang terlibat menunjukkan pentingnya tumpuan serius diberikan dalam menangani bencana alam. Ia tentunya tidak boleh lagi diibaratkan sebagai pesta air seperti zaman saya kanak-kanak.
Tidaklah saya tahu secara terperinci kenapa jadi begitu, tetapi saya tahu biasanya ia disumbangkan oleh penambakan tanah untuk projek-projek pembangunan dan masalah sistem perparitan yang perlu ditangani segera.
Ini adalah masalah yang memer-lukan perhatian, sumbangan dan kerjasama semua pihak berkaitan, tanpa mengira bangsa, agama dan perbezaan ideologi politik.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.