https://critoxium.com/shop/

Terkini

Musibah banjir berjaya ketepikan perbezaan politik


KOTA BHARU - Musibah banjir di Pulau Pinang ternyata berjaya mengenepikan perbezaan politik antara BN dan pembangkang yang wajar dijadikan contoh oleh semua pihak agar tidak lagi bermusuhan hanya disebabkan berlainan ideologi politik.

Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, pemimpin atau rakyat khususnya pembangkang tidak sepatutnya melihat kerajaan sebagai musuh kerana apabila berlaku sesuatu perkara tidak diingini mereka pastinya akan meminta pertolongan.

Beliau berkata, kesepakatan dapat dilihat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta pertolongan menangani bencana banjir di negeri itu.

“Di dalam politik ini jangan kita bergaduh sehabis mungkin kerana dalam satu-satu masa kita memerlukan pertolongan. Jadikan bencana ini sebagai pengajaran supaya kita tidak lagi sombong pada masa akan datang.

“Dalam perkara ini saya memuji tindakan Ahmad Zahid yang pantas menyalurkan bantuan dan Lim Guan sendiri yang mengenepikan fahaman politik menghubungi sendiri Timbalan Perdana Menteri bagi mendapatkan pertolongan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian jualan akhir tahun di Pasar Raya Econjaya Kok Lanas di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan, Datuk Ab.Ghani Harun.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.