Kerajaan mesti bertindak isu banjir P. Pinang
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
GEORGETOWN: Tragedi banjir besar dan tanah runtuh terkini yang berlaku di Pulau Pinang adalah terburuk dan telah menyebabkan gangguan kepada kehidupan seharian penduduk, demikian menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris.
"Ya, telah berlaku hujan lebat tanpa henti dan angin yang sangat kuat. Tetapi faktor utama yang menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh ini adalah disebabkan oleh penghapusan hutan bukit. Penolakan sungai dan pembangunan di Pulau Pinang yang telah menggantikan kawasan hijau dengan konkrit.
"Juga melaksanakan tanggungjawab atas proses kelulusan dengan
serius serta memantau kesan persekitaran dari projek-projek yang sedang
dibangunkan," aju beliau
GEORGETOWN: Tragedi banjir besar dan tanah runtuh terkini yang berlaku di Pulau Pinang adalah terburuk dan telah menyebabkan gangguan kepada kehidupan seharian penduduk, demikian menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris.
"Ya, telah berlaku hujan lebat tanpa henti dan angin yang sangat kuat. Tetapi faktor utama yang menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh ini adalah disebabkan oleh penghapusan hutan bukit. Penolakan sungai dan pembangunan di Pulau Pinang yang telah menggantikan kawasan hijau dengan konkrit.
"Ini mengakibatkan hujan lebat yang tidak dapat dialirkan kerana
kehilangan pokok dan kawasan yang bertindak sebagai 'span' menyerap air
dan kerana sistem sungai dan saliran tersumbat oleh lumpur dan tidak
dapat membersihkan air hujan.
"Kerajaan negeri harus menyedari sepenuhnya bahawa kita berada
dalam krisis alam sekitar dan sosial. Ia tidak boleh dinafian lagi
bahawa kita mempunyai masalah yang besar dan harus ditangani," ujarnya
mengingatkan kerajaan negeri sepatutnya tidak mempertahan dan menafikan
bahawa tiada krisis atau masalah.
Beliau yang juga Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) menuntut
kerajaan negeri memperuntukkan lebih banyak dana pemuliharaan dan baik
pulih lereng bukit yang rosak, serta mendalamkan sungai-sungai supaya
dapat mengalir dengan baik.
Kerajaan negeri juga tuntutnya, mesti memperuntukkan lebih banyak
kakitangan untuk memeriksa cerun bukit dan tanah bersebelahan bukit dan
mengambil tindakan pencegahan.
"Kerajaan negeri mesti menggesa dan memastikan pemaju swasta untuk
mengambil langkah-langkah pencegahan tambahan. Jika mereka didapati
tidak berbuat demikian, atau hujan di masa depan menyebabkan masalah
sama, mereka harus didakwa secara serius di mahkamah dan membayar denda.
"Kerajaan negeri harus mengkaji kekurangan dan kelemahan dalam
undang-undang dan garis panduan untuk kualiti alam sekitar, pembangunan
lereng bukit, saliran yang mencukupi dan mengambil tindakan untuk
menghapuskan kekurangan dan kelemahan ini," gesa beliau.
Tambah Idris, tindakan juga harus diambil untuk menghentikan semua
kerja di lereng bukit atau di tanah tinggi tanpa mengira sama ada tanah
dan cerun ini adalah di bawah atau melebihi 250 kaki.
Sehingga katanya, kajian dilakukan ke atas semua projek dan
aktiviti di kawasan tersebut, serta menghentikan semua kerja yang sedang
dilakukan di kawasan tanah bersebelahan dengan cerun bukit atau tanah
tinggi di mana membawa risiko hakisan dan tanah runtuh.
"Semua projek yang diluluskan di atas tanah tinggi dan di atas
tanah yang mempunyai lereng bukit, sama berada di atas 250 kaki atau
tidak harus ditunda dan dikaji semula dengan langkah-langkah tambahan
harus dikenakan.
"Ini untuk memastikan kawasan itu selamat dan mempertingkatkan penguatkuasaan untuk memantau projek-projek ini," ujarnya.
Beliau turut menggesa menghentikan kelulusan untuk semua projek
baru di tanah tinggi dan lereng bukit dan di tanah bersebelahan dengan
cerun bukit sama ada tanah tersebut melebihi 250 kaki atau tidak, selai
meminta ditiadakan pembangunan di rizab sungai.
Kerajaan negeri terangnya, harus mempunyai cara baik pulih yang
melibatkan perancangan negeri serta perancangan dan penilaian projek dan
proses kelulusan oleh pihak berkuasa perbandaran.
Mereka tegasnya, mesti meletakkan kepentingan rakyat dan alam sekitar jauh dari kepentingan para pemaju.
Idris turut mendesak Kerajaan Persekutuan memainkan peranan utama
dengan memperuntukkan dana kecemasan untuk Pulau Pinang bagi menangani
masalah risiko cerun bukit, tanah runtuh dan banjir.
"Kerajaan Persekutuan harus segera mengukuhkan peranan dalam bidang
di mana ia mempunyai kuasa seperti untuk membuat penilaian impak alam
sekitar terhadap projek-projek.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.