https://critoxium.com/shop/

Terkini

NUTP saran etika, elak guru jadi sasaran ibu bapa marah

SEREMBAN, 19 Dis — Kementerian Pendidikan disaran memperkenalkan kod etika ibu bapa sebagai panduan berurusan dengan guru jika muncul masalah di sekolah.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) membuat saranan itu selepas guru Azizan Manap dituduh mencederakan murid.

“Kita mencadangkan guru disiplin diberi latihan khusus menangani masalah disiplin seperti kes berulang atau kritikal.

“Kita meminta kementerian untuk bersama-sama dengan NUTP memperkenalkannya,” kata presiden NUTP Kamarozaman Abd Razak seperti dilapor Harian Metro.

Beliau hadir di Mahkamah Majistret di sini sebagai menyatakan sokongan kepada tertuduh, popular disapa Cikgu Azizan.

Setiausaha agung kesatuan itu berkata kod etika tersebut boleh melindungi guru daripada sasaran kemarahan ibu bapa atau penjaga.

“Kita tidak melindungi guru yang bersalah, tapi dengan adanya kod etika ini, ibu bapa akan mempunyai saluran menyuarakan ketidakpuasan hati dan membantu kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian,” kata Harry Tan Kuat Hock.

Mahkamah melepaskan tanpa membebaskan Azizan atas tuduhan mencederakan murid 11 tahun di SK Taman Semarak, Nilai pada April lalu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.