https://critoxium.com/shop/

Terkini

PDRM dedah 30 syarikat tipu pelabur

KUALA LUMPUR: Polis mendedahkan senarai 30 syarikat pelaburan yang dipercayai terbabit dalam penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM3.8 bilion.

Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menunjukkan seramai 974,301 individu menjadi mangsa syarikat terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata kebanyakan syarikat itu baru didaftar selepas pemilik syarikat disiasat kerana penipuan.

Katanya, kebanyakan mangsa dipercayai terpedaya dengan imbuhan pelaburan yang lumayan.

"Semua syarikat terbabit sudah dikenal pasti dan pada masa ini, kami sedang menjalankan usaha mengesan semua sindiket terbabit.

"JSJK menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak sahih," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, pelaburan dalam bentuk saham, emas dan bit coin antara penipuan yang kerap dilaporkan berlaku.

"Mangsa mendapat tahu tentang tawaran pelaburan yang dibuat melalui media sosial serta diperkenalkan oleh saudara-mara serta rakan.

"Selepas itu, mangsa yang berminat akan menyertai pertemuan atau ceramah oleh syarikat pelaburan terbabit sebelum mereka membuat pelaburan," katanya.

INFO
Syarikat yang sedang diambil tindakan oleh JSJK:

1.MGSB
2.CAPITAL FOSTER ADVISOR
3.PELABURAN EMAS ROYAL GOLD
4.KONGSI MAKAN
5.RICHWAY
6.MONSPACE
7.MFACE/MBI
8.SAHAM - CENTURY DINASTY
9.BOOKCOIN
10.BIT COIN - AL MUBIN AGARWOOD
11.BIT COIN - BIT KINGDOM
12.MI1 GLOBAL SDN BHD
13.ZG SPACE CITY (M) SDN BHD
14.FARBEL HIGH VENTURES/FARBEL RICH
15.ROOPERS BURGER
16.PRO VENDING MACHINE
17.SAHAM 500 PLUS
18.KOPI PAK BELALANG
19.NHA STRATEGIC HOLDING BHD
20.DANA KESULTANAN RAJA-RAJA DAN PELABURAN FOOD TRUCK
21.YAYASAN PBI 9PBI WORLD (BERHAD)
22.PELABURAN SAHAM MYZIA COIN
23.PELABURAN AGR HOLDING
24.FOREX - FXUNITED
25.FOREX - TRIGERFX
26.PELABURAN BITCLUB
27.PELABURAN FEENRA GOLD & RESOURCES
28.PELABURAN PTM4U
29.PELABURAN JIHAD FARISHA VENTURES
30.PELABURAN MINES AND METALS

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.