Anggota BERSATU cuba rempuh pentas, bantah pembahagian kerusi
Sekumpulan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia menganggu
Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) Negeri Sembilan hari ini selepas
mendapat peruntukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling sedikit
berbanding parti lain dalam gabungan itu.
Menurut laporan media tempatan, HARAPAN Negeri Sembilan mengumumkan manifesto peringkat negeri dan peruntukan kerusi semasa majlis itu dan BERSATU diberikan enam kerusi DUN untuk ditandingi dari 36 kerusi DUN.
Oriental Daily melaporkan sekumpulan 30 anggota BERSATU menyuarakan bantahan ketika Presiden HARAPAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang berucap.
Kedengaran jeritan 'tidak adil' dan seruan memboikot menjadikan ucapan Wan Azizah terpaksa dipendekkan, kata laporan Oriental Daily hari ini.

Berdasarkan laporan Sinchew Daily pula, anggota BERSATU yang tidak berpuas hati cuba merempuh pentas bagi membuat bantahan sebelum ditenangkan Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Ketika menjelaskan peruntukan kerusi kepada anggota BERSATU selepas itu, Mukhriz memahami BERSATU Negeri Sembilan mendapat peruntukan kerusi yang sedikit, tetapi katanya ia diputuskan bagi tujuan yang lebih besar.
"Beliau berjanji untuk menyampaikan rasa ketidakpuasan hati anggotanya kepada kepimpinan pusat parti itu," petik laporan tersebut.

Menurut Oriental Daily pembahagian kerusi DUN diperuntukkan seperti berikut:
PKR (12 kerusi): Jeram Padang, Sikamat, Ampangan, Juasseh, Pilah, Labu, Rantau, Chuah, Bagan Pinang, Port Dickson, Gemas dan Sungai Lui.
DAP (11 kerusi): Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Rahang, Mambau, Senawang, Bukit Kepayang, Lukut dan Repah.
Amanah (7 kerusi): Serting, Johol, Klawang, Lenggeng, Paroi, Senaling dan Kota.
Bersatu (6 kerusi): Palong, Sri Menanti, Chembong, Gemencheh, Pertang dan Bagan Pinang.
(IKLAN: Antara buku-buku terakhir Ahmad Lutfi Othman: Catatan Hujung, Pencuri Pilih Anjing, dan Lorong Sunyi Media Bebas. Sesiapa yang belum memilikinya, dan berminat, boleh hubungi Ahmad Luqman Hakim 019-2903291, dengan harga istimewa, potongan 50%.) Nantikan kemunculan buku terbaru beliau berjudul "Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti.")

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.