https://critoxium.com/shop/

Terkini

Batasan perkenalan lelaki dan perempuan

Soalan: Bolehkah Ustaz Azhar Idrus jelaskan tentang hukum berkenalan antara lelaki dan perempuan dan batasannya dalam Islam?

Jawapan: Sudah habis alam sekolah, ia dipanggil hendak bernikahlah pula. Orang perempuan umur 15 tahun eloklah bernikah. Ia umur tahun terakhir haid. Biasa orang perempuan Melayu haid umur 13 tahun. Ada yang berumur 12 tahun. Lazimnya berumur 11 hingga 13 tahun. Kalau di Sweden lewat sedikit. Perempuan di Sweden berumur 15 atau 14 tahun baru datang haid sebab mereka berada di negeri sejuk. Kita di negeri panas. Jadi yang terbaik umur 15 tahun. 15 tahun molek bernikah.

Tapi umur 15 tahun baru tingkatan tiga, tidak tahu apa benda pun lagi. Kalau begitu, berumur 17 tahun. Tapi umur 17 tahun hendak ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula. Kalau begitu, ketika berumr 18 tahun. Tapi ketika berumur 18 tahun tidak boleh sebab hendak masuk maktab. Kalau begitu, ketika berumur 21 tahun.

Tapi ketika berumur 21 tahun tidak boleh sebab hendak buat diploma. Rehat setahun. Buat diploma ambil masa 2 tahun.

Bagi menyambung pelajaran seterusnya, umur makin meningkat. Jadi kalau begitu, hendak bernikah ketika berumur 28 tahun? Sedangkan ketika berumur 28 tahun sudah tiada orang masuk meminang. Kalau ada pun sudah jadi murahlah harganya. RM15 atau RM16 sahaja harganya bila sudah berumur 28.

Kalau yang meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk jadi doktor pakar pula, habis belajar ketika berumur 32 tahun, sedangkan ketika itu tiada suami. Kita sudah selalu beritahu perkara macam ini. Jadi bila sudah lewat, sudah banyak benda yang kita rugi.

Ketika kita berumur 45 tahun, baru hantar anak ke sekolah tadika. Anak tingkatan 3, emak sudah tidak kuat lagi, rebah memanjang dalam longkang.

Sekejap rebah dan terjatuh dalam longkang hingga tersembam dan kaki ke atas. Maklumlah emak ketika itu sudah tua. Ia akan jadi macam itulah.

Jadi dalam alam belasan tahun yang sudah hendak bernikah, tidak boleh kita berkenalan dengan lelaki, haram, melainkan laki-laki itu kita hendak buat suami. Habis zaman sekolah, haram juga berkenalan dengan laki-laki. Walau cara mana sekali pun tidak boleh.

Kawan sama-sama perempuan tidak apa. Carilah kawan samasama perempuan, biar sampai ke hujung dunia, sampai ke Amerika, Kanada, tiada hal, sama-sama perempuan, dengan kafir pun boleh. Dengan orang laki-laki tidak boleh juga, melainkan niat hendak bernikah.

Tapi bila niat hendak bernikah, tidak boleh berjumpa di tepi-tepi jalan macam itu. Kena di rumah sahaja, kemudian ditemani oleh mahram. Ia macam itu. Atau pun kata setengah ulama, tidak boleh berjumpa juga, kena beri kepada mahram, bukan berjumpa. Maknanya pesanan-pesanan apa-apa, hendak kirim kepada yang lelaki buah jampu air, sebab yang lelaki itu suka sangat jambu air, hendak kirim aiskrim dan sebagainya kepada yang lelaki, kirim kepada ayah dia sahaja.

Tidak boleh disampaikan terus oleh perempuan kepada lelaki. Nanti kalau disampaikan terus atau pergi jumpa dengan lelaki, ditarik tangan yang perempuan itu oleh lelaki berkenaan.
Maklumlah, tidak boleh kira, dia masyuk syeikh (sudah










Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.