Dr Mahathir Calon Perdana Menteri ,Pakatan Harapan ..
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Apa pun, saya akui, tidak bantah cadangan agar Dr Mahathir dilantik PM jika PH menang PRU14. Itu adalah pilihan terhad yang ada.
Ada rakan2 tanya, tidakkah rekod 22 tahun Mahathir begitu mencurigakan?
Mereka menambah, bukankah saya juga banyak menulis tentang kezaliman, kediktatoran dan pendekatan ekonomi yang membiakkan amalan korupsi oleh Mahathir?
Ditambah dengan sikap Mahathir yang sinis mempertikai Syariah dan beberapa amalan hidup secara Islami.
Bukankah saya telah menulis panjang kes pemecatan Tun Salleh Abas dan dua Hakim Mahkamah Agung, serta sebelum itu, sanggup mengharamkan partinya sendiri, Umno, untuk terus kekal berkuasa?
Mahathir juga pernah menggantung permit tiga akhbar, hujung 1987 dan seterusnya meminda akta penerbitan, ISA, dan akta polis, dengan membuang ruang untuk saki-baki kebebasan dan keadilan.
Mahathir menjadikan hakim-hakim di bawah telunjuknya, dan imej badan kehakiman yang sebelum 1988 begitu dihormati dunia (dan Malaysia mempunyai hakim2 peringkat tertinggi yang disanjung antabangsa) kini diperlekeh dan sukar dipulihkan sehingga sekarang.
Banyak konsesi penswastaan yang merugikan dana awam dibuat dalam gelap dan perjanjiannya memihak kroni.
Mengapa saya boleh menerima Mahathir, sedangkan beliau tidak pernah mengaku sejujurnya atas kesilapan masa lalu? (Saya tidak pernah mengharapkan Mahathir akan mohon maaf melalui lisan atas dosa lampaunya).
Seorang sahabat turut mengingatkan bahawa saya sendiri di Perpustakaan Awam Shah Alam, dalam diskusi buku, pernah menegaskan: Jangan serahkan bulat2 tugas untuk pulihkan negara, hatta kepada Anwar Ibrahim kerana Anwar pun saya tak percaya!
Jadi, macamana saya boleh percayakan Mahathir pula?
Saya cuba mencari masa untuk menulis tentang hal ini (saya sokong Pakatan Harapan dan tidak terfikir untuk boikot PFU14 ataupun rosakkan undi, walaupun saya pernah koyak kertas undi 2008 dan pernah mengusulkan Pas boikot pilihan raya, selepas dipermainkan SPR dalam PRU2004)
😀
-- dari pusat dialisis melawati

Antara
buku-buku terakhir saya: Catatan Hujung, Pencuri Pilih Anjing, dan
Lorong Sunyi Media Bebas. Sesiapa yang belum memilikinya, dan berminat,
boleh hubungi Ahmad Luqman Hakim 019-2903291, dengan harga istimewa,
potongan 50%.
Proses menyusun buku terkini - Parti Amanah Negara:Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti - masih berjalan di peringkat akhir, setelah kerap tertangguh. Mudah-mudahan dapat disiapkan hujung bulan Januari ini, insya Allah.

Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.