Kempen 'Undi Rosak' bukti golongan muda tolak PH
Oleh SHAHIR ADNAN
DEWAN Pemuda IKATAN
Malaysia tertarik dengan kempen yang tular di media sosial, terutama di
kalangan anak-anak muda yang menggunakan hashtag 'UndiRosak' kerana
tidak berpuas hati dengan tawaran yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH)
yang mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia
sekiranya PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14.
Sesungguhnya kami di IKATAN dan PAS
menerusi Gagasan Sejahtera amat faham dengan manifestasi kekecewaan
golongan muda yang memulakan kempen ini apabila Malaysia yang kita
sayangi ini akan kembali ke zaman pemerintahan kuku besi Tun Dr Mahathir
sekiranya PH menang pilihan raya nanti.
Atas dasar itulah, Gagasan Sejahtera
membuka satu lembaran baru dalam dunia politik negara, di mana anak-anak
muda tidak terikat untuk memilih PH atau BN.
Gagasan Sejahtera merupakan wadah baru
untuk anak-anak muda untuk memilih IKATAN, sebuah parti yang membawa
aspirasi bangsa Malaysia, bekerjasama dengan parti PAS, sebuah parti
dominan di Malaysia yang membawa konsep Islam mensejahterakan umat
manusia, tanpa mengira agama dan bangsa.
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyokong
kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menghuraikan
bahawa Islam meletakkan politik sebahagian daripada agama dan adalah
menjadi kewajipan umatnya mengundi.
Undi kalian adalah tanggungjawab seorang
rakyat untuk menghidupkan proses demokrasi di Malaysia. Setiap undi
dari anak-anak muda ini amat bernilai harganya.
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyeru dan
menggesa anak-anak muda yang kecewa dengan senario politik hari ini
untuk bersama-sama kami di IKATAN dan mengundi calon-calon Gagasan
Sejahtera pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
Ayuh bersama kami! Undi Gagasan
Sekian.
Sekian.






Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.