Memalukan...Apa standard PM macam ni?
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
MEMALUKAN... Inikah standard yang ada kepada
seorang Perdana Menteri seperti Dato' Seri Najib Tun Razak apabila
langsung tidak memahami konsep federalisme dengan mengungkit di hadapan
penjawat awam Kelantan mengenai bantuan yang dihulur Kerajaan Pusat.
Bukan duit kamu wahai Perdana Menteri dan bukan duit dari poket sanak saudara kamu kalau nak mengungkit hingga ke tahap ini.
Katakanlah kalau rakyat mengungkit
setiap kerjabuat PM yang tidak menyebelahi rakyat selama ini kerana
rakyat membayar cukai yang dikutip kerajaan dan gaji PM sebenarnya dari
kantung wang rakyat? Apa perasaan PM?
Usahlah dipermainkan slogan "bantuan"
kalau PM dan partinya pun menang kerana banyak "bantuan" termasuk
bantuan agensi kerajaan, SPR, dan segala macam bantuan luar dan dalam
semata mata bagi memenangkan Umno-BN untuk Najib bergelar PM.
Apakah nilai rakyat Kelantan di sisi
PM hanya 'picisan' sahaja walhal lebih 90 peratus rakyat Kelantan adalah
orang Melayu yang berjasa kepada negara membangunkan sama-sama sama ada
dalam sektor ekonomi, sosial dan sebagainya.
Jasa Kelantan membiarkan "rompakan
siang hari" oleh kerajaan BN terhadap hasil mashul bumi Kelantan
termasuk gas asli, GST dan cukai lapangan terbang.
Usah dilupa bahawa rakyat Kelantan
memang kerap menghukum pemimpin angkuh dan sombong seperti Najib ini.
Suatu masa lalu, Khairy Jamaluddin telah dihukum oleh rakyat Kelantan
kerana datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini dengan slogan "pade doh
18" tahun, dan kemudian anak Kelantan mengusir keras kempen tidak
beradab Khairy ketika mula mula dia bergelar Ketua Pemuda Umno.
Jangan hingga tahap nanti rakyat
Kelantan menunjukkan jalan keluar total kepada parti Umno dalam PRU14
ini kerana kesilapan besar PM ini.
Mungkin ia akan berlaku, dan natijahnya nanti bumi Kelantan tidak boleh langsung menerima kehadiran PM yang bernama Najib.
Usahlah sombong ketika di mercu kuasa
kerana ingatlah bahawa kuasa tidak akan kekal lama, suatu masa Allah
akan tunjukkan kamu pengajaranya.
Ingat bahawa ahli Umno pun meluat dengan kaedah begini apatah lagi kalau mereka atas pagar dan penyokong pembangkang.
PM mungkin tak sedar bahawa kalangan
ahli Umno pun sudah mula bosan dengan sikap beliau, dan usaha kelompok
kedua bagi menjatuhkan beliau sebenarnya sudah bermula dari dalaman
walaupun tembakan Tun Dr Mahathir Mohammad "Bapa Kleptokrasi" tak
menjadi kepada anak didiknya itu.
(IKLAN: Antara buku-buku terakhir Ahmad Lutfi Othman: Catatan Hujung, Pencuri Pilih Anjing, dan Lorong Sunyi Media Bebas. Sesiapa yang belum memilikinya, dan berminat, boleh hubungi Ahmad Luqman Hakim 019-2903291, dengan harga istimewa, potongan 50%.Stok adalah terhad,dapatkan sebelum kehabisan) Nantikan kemunculan buku terbaru beliau berjudul "Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti.")






Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.