Pakatan ‘silap’ tangani Undi Rosak
Oleh Rahman Imuda
Fenomena kempen Undi Rosak telah berjaya menarik perhatian ramai orang, bahkan telah berjaya membisik telinga Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga beliau mengeluarkan komentar bahawa kempen seumpama ini ditaja oleh Barisan Nasional.
Pelbagai pandangan yang timbul semenjak kempen ini yang mendapat lebih banyak perhatian berbanding janji Pemuda Pakatan Harapan yang menawarkan siaran EPL percuma.
Pada pemerhatian saya, kebanyakan rakyat kita belum terbiasa dengan kempen seumpama ini, dalam erti kata lain mereka mungkin tidak menyedari terdapat negara yang menyediakan kotak “none of the above”, atau NOTA, ketika proses pilihan raya. India merupakan salah satu negara yang memiliki pilihan ini.
Kotak ini disediakan untuk pemilih yang berpendirian calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya tersebut tidak mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk mewakili suara pengundi.
Kegusaran utama penentang kempen Undi Rosak adalah BN akan menang mudah sekiranya rakyat tidak turun mengundi, dan kerisauan ini ada asasnya.
Menurut Dr Wong Chin Huat dari Institut Pulau Pinang, BN akan memenangi dua per tiga kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 jika peratusan mengundi serendah 70 peratus.
Saya berpandangan Pakatan Harapan menangani kempen undi rosak dengan cara yang salah, terutamanya apabila seorang tokoh gabungan politik tersebut meminta kumpulan yang memperomosikan undi rosak disiasat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis.
Tuduhan Dr Mahathir
Saya fikir beliau perlu sedar di Malaysia kita tidak memiliki undang-undang yang memperuntukkan hukuman kepada rakyat yang tidak keluar mengundi seperti yang dimiliki di Australia.
Mengarahkan pihak berkuasa untuk menghukum atau memberi tekanan kepada pihak yang merugikan parti tanpa asas yang kukuh merupakan satu bentuk “kediktatoran” sebelum berkuasa.
Kesilapan ini ditambah lagi dengan dakwaan Dr Mahathir bahawa kempen ini dijalankan oleh kumpulan BN.
Saya tidak menafikan kempen seperti ini boleh memberi keuntungan kepada Barisan Nasional, dan atas sebab inilah kita belum melihat kenyataan yang menonjol daripada pasukan pemerintah tentang kempen undi rosak.
Namun mengeneralisasikan semua kempen yang mengkritik dan membawa kerugian kepada PH sebagai serangan daripada pasukan BN merupakan satu tindakan yang terburu-buru.
Saya fikir dakwaan seperti ini hanya ingin menutup “kritikan” kumpulan undi rosak apabila PH menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
Kumpulan ini mahukan sesuatu yang baharu, atau paling minimal muka baharu yang boleh ditawarkan kepada rakyat sebagai pemimpin nombor satu negara.
Dr Mahathir boleh saja bertindak sebagai “penasihat” atau apa-apa jua jawatan yang bakal diwujudkan (selain perdana menteri) jika PH menang kelak.
Melantik perdana menteri daripada muka baharu akan membantu mengimbangi kuasa Dr Mahathir yang amat dominan dalam kerjasama politik PH.
Tangani lebih bijak
Kritikan terhadap pendirian tokoh-tokoh politik pembangkang sebenarnya sudah bermula sejak penerimaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam PH lagi.
Kritikan tersebut bertambah keras apabila Dr Mahathir dinamakan sebagai pengerusi PH, amaran kecil tentang kehendak sekumpulan anak muda yang mahukan wajah baharu sudah lama kedengaran.
Oleh itu, ketika kumpulan ini semakin agresif mengkritik pelantikan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri, saya fikir PH tidak perlu terlalu “terperanjat”.
Pada hemat saya, kumpulan Undi Rosak perlu ditangani dengan lebih bijak oleh PH memandangkan kumpulan ini sebenarnya ingin menyampaikan “direct message” kepada gabungan politik itu.
Mesej yang inginkan pembaharuan, bukan sahaja tertumpu pada tokoh tertentu tapi pada keseluruhan sistem. Sebagai contoh, sehingga hari ini masih ada ahli politik dari PH masih gagal untuk mengisytiharkan harta mereka.
Ramai yang melihat Dr Mahathir melakukan pengorbanan yang besar dengan kembali ke kancah politik pada usia yang lanjut. Beliau boleh sahaja menghabiskan masa emasnya untuk berehat bersama keluarga tanpa diganggu sesiapa.
Sekali lagi saya tidak berminat untuk menafikan hujah ini. Namun kita harus ingat; bukan beliau sahaja yang melakukan “pengorbanan” untuk membawa perubahan di negara ini.
Semua orang berkorban
Rakyat yang bermandikan semburan meriam air pasukan FRU di jalanan, mahasiswa yang sanggup dikenakan Akta Universiti dan Kolej Universiti dan ribuan aktivis serta ahli politik turun naik mahkamah untuk menuntut perubahan. Pengorbanan setiap orang juga harus diberikan perhatian.
Oleh itu, jika Pakatan Harapan berhasrat untuk tidak mengendahkan atau menekan kumpulan yang mengkritik mereka, saya fikir itu merupakan satu kerugian yang besar sedangkan dalam kumpulan ini ada aktivis yang punya pengorbanan tersendiri.
Saya ingin memandang kumpulan ini melangkaui PRU14, sudah agak lama blok pembangkang tidak didatangi kumpulan yang mampu menggugat mereka selain daripada parti politik lawan atau kumpulan partisan.
Jika kumpulan ini boleh terus konsisten dalam menghantarkan mesej “protes” terhadap para pemain politik sedia ada, saya percaya kumpulan ini mampu mengeluarkan Pakatan Harapan daripada zon selesa.
Mereka boleh menujukan peluru ke mana-mana parti politik memandangkan kumpulan ini mendakwa diri mereka “bebas” dan “peluru-peluru” mereka semaki mendapat perhatian rakyat.
Harapan saya semoga mereka tidak bercakaran sesama mereka untuk menjuarai sesuatu isu, biarlah objektif mereka pelbagai tetapi diterjemahkan dalam satu aksi yang menyatu.
* Rahman Imuda seorang aktivis mahasiswa dan penulis buku isu anak muda dan pelajar.

Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.