https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kekangan dalam perangkaan ekonomi

Oleh A Kadir Jasin

KEPADA sesiapa yang faham ekonomi, dua kenyataan penting yang menjelaskan kedudukan sebenar ekonomi negara telah dilaporkan baru-baru ini.

Dalam sistem ekonomi kapitalis atau sekarang ini dipanggil ekonomi pasaran, peranan paling penting dimainkan oleh pemodal (kapitalis).

Cakap-cakap bahawa ekonomi adalah untuk kepentingan rakyat jelata sebenarnya tidak bermakna kecuali sebahagian daripada kekayaan yang dijana oleh golongan kapitalis diambil oleh kerajaan dalam bentuk cukai dan diagih-agihkan kepada rakyat jelata.

Tetapi hari ini, atas dasar mesra pasaran kerajaan di banyak negara meringankan beban cukai golongan ini dan sebaliknya membebankan rakyat jelata dengan cukai regresif seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Jadi untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai ekonomi negara, kita perlu mendengar apa yang golongan ini kata.

Kenyataan pertama yang saya maksudkan itu dibuat oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Lin See Yan.

Beliau berkata, menang benar ekonomi Malaysia berkembang tetapi digembar-gemburkan. Dalam bahasa Inggeris beliau menggunakan ungkapan sugar-coated (disaluti gula).

Walaupun Tan Sri Lee See Yan bukan seorang ahli peniagaan, tetapi beliau menghabiskan keseluruhan zaman bekerjanya sebagai pegawai dan seterusnya Timbalan Gabenor Bank Negara di bawah Gabenor terhebat, Almarhum Tun Ismail Mohd Ali.

Beliau mengakui hakikat bahawa daripada aspek perangkaan, ekonomi Malaysia memang tumbuh pada kadar yang memuaskan.
Namun seperti yang telah saya nyatakan berulang kali, pertumbuhan tersebut tidak bermutu kerana ia tidak menyeluruh dan tidak dirasai oleh rakyat terbanyak.

Kenyataan kedua yang memperjelaskan lagi kedudukan sebenar ekonomi kita dibuat oleh ahli perniagaan Tan Sri Ameer Ali Mydin.

Beliau menyatakan kehairanannya tentang bagaimana ekonomi dikatakan berkembang pesat, tetapi rakyat jelata tidak ada wang untuk berbelanja.

Hakikat ini diperkukuhkan secara grafik dengan penutupan banyak kedai dan toko perniagaan di merata pelosok tanah air dan digantikan oleh gerai tepi jalan.

Bagaimana kita hendak menjadi ekonomi pendapatan tinggi kalau kedai, toko dan kilang terus ditutup dan digantikan oleh gerai manakala siswazah yang berhutang puluhan ribu ringgit dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekadar menjual nasi lemak, memandu Grab dan menjadi penghantar makanan segara KFC?

Lapan Disember lalu, akhbar The Star memetik laporan Kumpulan Peruncit Malaysia (RGM) sebagai berkata, jualan runcit bagi suku ketiga tahun 2017 menguncup 1.1 peratus dan bagi keseluruhan tahun 2017 perniagaan runcit tumbuh hanya 2.2 peratus.

Walaupun angka-tunjuk harga dan perkhidmatan yang digunakan bagi mengukur inflasi sentiasa menunjukkan kadar yang sederhana, keadaan sebenar adalah berbeza. Rakyat jelata mengeluh mengenai kenaikan harga yang luar biasa.

Ini adalah kerana jenis barang dan perkhidmatan yang digunakan untuk mengukur inflasi serta pewajaran (weightage) yang diberikan kepadanya tidak mencerminkan jenis barangan dan perkhidmatan yang dibeli atau digunakan oleh pengguna.

Manakala pelaksanaan GST mulai April 2015 serta kelemahan jangka panjang mata wang ringgit memburukkan lagi beban inflasi.

Walaupun GST sebanyak 6% diuar-uarkan sebagai rendah berbanding dengan banyak negara namun apa yang tidak disebut atau difahami umum adalah kenaikan harga akibat cukai itu berlaku di setiap peringkat pemprosesan dan pengedaran sesuatu jenis barang.

Jadi adalah tidak mustahil bagi harga sesuatu jenis barang pengguna naik bukan 6% tetapi 24% atau 30% dan seperti biasa, kenaikan harga ini dipindahkan kepada pengguna.

Sejak pelaksanaan GST, kita perhatikan kegiatan penguatkuasaan dan pemantauan harga serta bekalan amat lemah seolah-olah kerajaan suka kalau harga naik kerana lagi tinggi harga, lagi besar kutipan GST.

Kesimpulannya, walaupun perangkaan kasar menyokong dakwaan bahawa pertumbuhan ekonomi memuaskan dan fundamental kukuh, namun realiti di peringkat rakyat jelata adalah berlainan sekali. Wallahuaklam.
http://detikoffline.blogspot.my/2018/02/membebaskan-media-minda-sama-sukar-sama.html
http://madu3kurma.com/
https://susukunyitplus.blogspot.my/
 http://madu3kurma.com/

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.