Guan Eng dera PKR dan PAN di P. Pinang?
Oleh DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
SEPERTI ditulis saya pada 5 Februari 2018 dan yang disahkan oleh Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, Pengerusi PAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, dan Pengerusi PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya, kepada portal berita Malaysia Kini pada 23 Februari 2018, rundingan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang antara parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang telah gagal.
Punca kegagalan rundingan ini adalah kerana:
(1) PKR Pulau Pinang tidak mahu melepaskan mana-mana satu daripada 16 kerusi yang ditandingi olehnya di dalam PRU 13 kepada PPBM atau kepada PAN jika DAP juga berkeras untuk tidak melepaskan mana-mana satu daripada 19 kerusinya kepada PKR.
(2) DAP Pulau Pinang tidak mahu melepaskan mana-mana satu daripada 19 kerusi yang ditandingi olehnya di dalam PRU 13 kepada PKR.
(3) PPBM Pulau Pinang mahu meletakkan calon di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang kini diwakili oleh Umno, iaitu N1 Penaga, N2 Bertam, N3 Pinang Tunggal, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua, N6 Telok Ayer Tawar, N40 Telok Bahang, N21 Sungai Acheh, N38 Bayan Lepas dan N39 Pulau Betong.
(4) PAN Pulau Pinang mahu meletakkan calon di 5 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ditandingi oleh PAS di dalam PRU 13, iaitu N1 Penaga, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua, N11 Permatang Pasir dan N38 Bayan Lepas.
Ekoran kegagalan PKR Pulau Pinang, PPBM Pulau Pinang dan PAN Pulau Pinang menyelesaikan perebutan kerusi sesama mereka di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri yang kini diwakili oleh Umno maka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilaporkan oleh sumber-sumber berwibawa sebagai telah mengambil langkah drastik membekukan perlantikan Penyelaras Dewan Undangan Negeri dari PKR dan PAN di 10 kerusi terbabit, iaitu N1 Penaga, N2 Bertam, N3 Pinang Tunggal, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua, N6 Telok Ayer Tawar, N40 Telok Bahang, N21 Sungai Acheh, N38 Bayan Lepas dan N39 Pulau Betong, sekali gus menyekat peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat di 10 kerusi terbabit, mulai awal tahun ini.
Persoalannya ialah: Wajarkah Lim Guan Eng mendera 10 Penyelaras Dewan Undangan Negeri dari PKR dan PAN ini, sekali gus mendera rakyat di 10 Dewan Undangan Negeri ini, semata-mata kerana 10 kerusi terbabit belum dimuktamadkan pemiliknya?
Dan tidakkah kegagalan menyelesaikan agihan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang antara parti-parti komponen PH Pulau Pinang ini sepatutnya turut menjadi mercu tanda kegagalan DAP selaku peneraju Pakatan Harapan Pulau Pinang?
Dan kenapakah para pemimpin PKR Pulau Pinang dan PAN Pulau Pinang langsung tidak berani bersuara bagi membongkar dan melawan tindakan yang tidak demokratik dan yang menzalimi 10 Penyelaras Dewan Undangan Negeri mereka dan rakyat di situ?

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.