M'sia perlu kepalai desakan antarabangsa di Ghouta Timur, Syria
Oleh DR SITI MARIAH MAHMUD
Penduduk Syria khususnya di Ghouta Timur terus berdepan ancaman kehilangan nyawa, kelaparan dan penderitaan daripada serangan ketenteraan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad.
Keadaan yang begitu menyayat hati ini disifatkan oleh PBB sebagai neraka dunia.
Malangnya sehingga hari ini, belum jelas ada sebarang tekanan dikenakan terhadap Syria serta sekutu, Russia yang secara langsung terlibat bukan sahaja melakukan serangan tetapi juga menggunakan senjata kimia yang diharamkan.
Dunia tidak boleh bersabar lagi dengan perkembangan ini. Nyawa orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita yang terkorban terus meningkat.
Kerajaan Malaysia perlu bersuara lebih tegas dalam konflik ini dan bantuan kemanusiaan dari negara ini juga perlu ditingkatkan kapasitinya bagi membantu mangsa ketenteraan rejim di Syria.
Sekali lagi, saya menggesa Malaysia mengepalai satu desakan antarabangsa dan dalam kalangan negara Islam supaya serangan rejim ke atas rakyat Syria dihentikan serta-merta.
DR SITI MARIAH MAHMUD ialah anggota parlimen Kota Raja dari Parti Amanah Nasional
(AMANAH), merangkap ketua Angkatan Wanita AMANAH (AWAN).

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.