Jenis - Jenis Makhluk Pembangkang
Oleh Fathi Aris Omar
Yang sokong pembangkang, atau bersuara macam pembangkang, bukan satu dan sama jenis. Macam-macam jenis makhluk yang membangkang:
1. Ada jawatan dalam parti pembangkang, maka kena pertahan parti sendiri dan serang parti kerajaan. Kadang-kadang menyerang parti sekutu atau pemimpin parti sendiri yang lain puak.
2. Kerja makan gaji dengan parti atau badan dalam agensi kerajaan negeri yang dikuasai parti pembangkang persekutuan. Selalu juga lebih sudu daripada sudu; nak tunjuk sangat setia pada jenis 1.
3. Kawan-kawan orang 1 dan 2, jadi dia pun perasan mesti membela pembangkang dan menyerang musuh-musuhnya.
4. Penyokong tegar pembangkang, walau bukan orang dalam kategori 1 atau 2 atau 3. Selalunya lebih sudu daripada kuah; kadang-kadang lebih macai daripada macai jenis 2. Jenis 4 ini termasuk ahli-ahli parti.
5. Penentang kerajaan, boleh jadi dia nampak kerajaan tidak betul atau tidak adil. Selalu prejudis pada kerajaan dan kekuasaan.
6. Pengundi parti pembangkang pada PRU sahaja; lebih daripada itu dan di luar PRU, dia bukan masuk jenis 1 atau 2 atau 3 atau 4 atau 5.
7. Orang parti kerajaan yang tidak dapat manfaat daripada kerajaan, disisihkan atau disingkirkan. Mereka geram dan bertindak seperti jenis 2, 3, 4 atau 5. Belum tentu masuk jenis 6.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.