Pakar strategi BN jangka PRU14 lewat April
Pakar strategi BN menjangka pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan pada minggu ketiga April, menurut laporan akhbar Straits Times Singapura.
"Kami menjangkakan hari pengundian pada minggu ketiga bulan April dan persediaan telahpun dibuat untuk mengenal pasti kawasan putih, kelabu atau hitam," kata orang dalaman BN itu kepada akhbar tersebut.
Orang dalaman itu dilaporkan adalah antara yang menyertai "bilik utama perang saraf pilihan raya" BN sejak tahun 2008.
Bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan pada akhir April, ini bermakna Parlimen akan dibubarkan bulan ini, ketika sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung.
Agenda utama sesi ini adalah perbahasan ucapan Yang di-Pertuan Agong dan ketika berita ini ditulis, hanya terdapat tiga agenda kerajaan di kertas Peraturan Mesyuarat.
Kemungkinan besar Putrajaya menangguhkan untuk meluluskan rang undang-undang kali ini kerana menjangkakan Parlimen dibubarkan.
Juga tidak dapat dipastikan jika ini bermakna bahawa pilihan raya kali ini akan menggunakan persempadanan pilihan raya sedia ada, kerana terdapat laporan yang menunjukkan bahawa kerajaan bercadang melaksanakan cadangan persempadanan semula itu.
Selain itu, tarikh akhir April tidak bertembung dengan mana-mana perayaan utama, peperiksaan sekolah yang penting atau semasa cuti sekolah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai sehingga pertengahan Jun untuk mengadakan pilihan raya, tetapi beliau mungkin melakukannya sebelum Ramadan, yang jatuh pada 14 Mei.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.