https://critoxium.com/shop/

Terkini

Presiden MCA tuduh Nazri buat ‘pakatan sulit’ dengan pembangkang

PRESIDEN MCA Liow Tiong Lai hari ini mendakwa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Aziz bekerjasama dengan pembangkang.

Hubungan kedua-dua pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) itu semakin retak berikutan perang mulut yang berlarutan berhubung isu membabitkan bilionair Robert Kuok.

“Hari ini, MCA bukan sahaja berdepan dengan parti pembangkang, yang nampak seperti berkuasa, tetapi juga pemimpin dari dalam BN yang membuat pakatan sulit dengan pihak pembangkang.

“Pemimpin yang berpakatan sulit dengan pihak pembangkang dari dalam BN yang saya katakan itu, semua orang sudah maklum siapa.

“Dia adalah menteri pelancongan yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap (hartawan) Robert Kuok,” kata Liow.

Beliau berucap dalam majlis sambutan ulang tahun MCA yang ke-69 di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Nazri menyerang Kuok atas dakwaan bahawa bilionair itu menyalurkan sumbangan kepada DAP. Tuduhan itu pertama kali dibuat oleh Raja Petra Kamarudin dalam laman web Malaysia Today.

Ia mencetuskan perang mulut antara Nazri dan pemimpin MCA yang mengkritik menteri tersebut atas kenyataan biadapnya.

Beberapa akhbar berbahasa Cina turut menyelar menteri atas kenyataan yang dianganggap melemahkan hubungan antara kaum dan menjejaskan sokongan masyarakat Cina terhadap BN.
Berang dengan kritikan tersebut, Nazri berkata MCA tidak lagi mewakili masyarakat Cina selepas parti itu kalah banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

Dalam ucapannya, Liow yang juga menteri pengangkutan, turut menggelar Nazri sebagai “ikan bilis” dan menyifatkan serangan terhadap MCA itu sebagai kebudak-budakkan.

“Telah saya kata, sejak negara ini merdeka, MCA sentiasa mewakili suara dan tradisi masyarakat Cina.

“Walau apa pun yang dikata, MCA setia kepada kehendak masyarakat Cina. Jika bukan kami, siapa lagi yang mewakili masyarakat Cina?

“Najib adalah (pengerusi) BN dan presiden Umno, Nazri sebaliknya hanyalah ikan bilis dalam Umno.
“Apa yang Nazri katakan itu kebudak-budakkan. Nazri, sila jaga mulut kamu.”TMI

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.