Robert Kuok banyak bantu Umno
Oleh TOK Perak
TAK fasal-fasal Robert Kuok, si Raja Gula dan laksawan itu dihentam ‘kau-kau’ oleh beberapa pemimpin Umno.
Mulanya Datuk Seri Najib Razak memberitahu, kalau tidak kerana peluang yang diberi oleh Umno, Kuok mungkin tidak mencapai kejayaan sekarang.
Lanjutan kenyataan Perdana Menteri itu, beberapa panglima parti terbesar Melayu itu turut melemparkan kata jelik terhadap ahli perniagaan berusia 94 tahun itu.
Ada yang kata Kuok yang menetap di Hong Kong itu sebagai lupa daratan, tidak sedar asal-usul, kacang lupakan kulit, penderhaka.
Semuanya gara-gara tulisan blogger Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today yang menyebut Kuok memberi bantuan kepada DAP. Bantu DAP kena balun cukup-cukup.
*ANTARA wira Umno yang paling lantang menghentam Kuok ialah Ahli Majlis Tertinggi, yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Menurut beliau laksawan Cina itu tidak wajar beri bantuan kepada DAP. Kata Nazri, sekiranya tidak sukakan negara ini, Kuok patut memulangkan kewarganegaraan dan menjadi warganegara lain.
Malah, menteri itu mencabar Kuok supaya bertanding pada PRU14, jika ingin main politik. “Jangan jadi pondan,” kata Nazri seperti yang disiarkan media.
Ada pemimpin MCA yang menganggap menteri Umno itu sudah keterlaluan @ kurang ajar kerana menggelar Kuok pondan. “Nazri patut minta maaf,” katanya.
Saya tidak fikir menteri itu akan minta maaf. Menteri yang terkenal celupar itu mungkin rasa bangga dengan sikap keterlaluan seperti itu. Kan dia wira Umno!
*KUOK sudah menjelaskan beliau tidak membantu DAP. Malah, beliau akan ambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra yang menyebarkan fitnah dalam blog.
Laksawan itu memberitahu beliau selama ini telah banyak beri duit – berjuta-juta – kepada Umno dan komponen BN, tetapi tidak pula menimbulkan kontroversi.
Beliau menulis dalam bukunya yang dilancarkan Disember lalu, sumbangan kewangannya kepada parti-parti BN, terlalu banyak.
Katanya, mantan Presiden MCA dan bekas Menteri Kewangan, Tan Siew menemui beliau meminta sumbangan politik bagi pihak MCA dan BN.
“Saya selalu diminta memberi derma yang besar kepada parti-parti pemerintah, Umno dan MCA selepas merdeka 1957. Saya memberi secara ikhlas, gembira dan bebas,” tulisnya dalam buku berkenaan.
Pendek kata, sejak dulu lagi Kuok telah memberi banyak duit kepada Umno dan BN. Agaknya sesetengah pemimpin Umno tidak tahu hal ini. Atau, buat-buat tidak tahu!
*TETAPI, bukan semua orang benci pada Kuok. Mereka yang tahu fakta, dan memahami sejarah, memuji Raja Gula itu, atas jasa yang diberikan kepada Malaysia.
Salah seorang daripada yang memahami dan memuji laksawan tersebut ialah Datuk Seri Nazir Razak, banker terkenal yang juga adik kepada Najib.
Pengerusi CIMB Bank itu menyifatkan taikun gula itu sebagai 'patriot, ikon sebenar usahawan Malaysia, first-class gentleman.'
Nazir menulis dalam media sosial: “Saya bertuah kerana berpeluang bersama Kuok untuk banyak tahun.” Dalam Instagram Nazir menyiarkan gambarnya bersama Kuok yang dirakam tahun lalu.
Pendek kata, jangan melulu menghentam seseorang hanya kerana ada orang kata dia membantu DAP. Kenanglah juga jasa-jasa silam beliau, termasuk bantu Umno.
*AKHIR kalam, alkisah telah tular satu petikan audio yang dikatakan mirip suara Nik Abduh, bercakap dengan nada tinggi, mengakui Pas menerima wang daripada Umno.
Menurut laporan Malaysiakini, turut disebut dalam audio berkenaan ialah nama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun seperti dilaporkan, Nik Abduh menafikan sekeras-kerasnya suara dalam rakaman itu adalah dirinya. Kata beliau: “Ia hanya sampah yang tidak layak dimakan, kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara - Amanah) dan sekutunya.”
Maka, segera dijawab oleh Naib Presiden Amanah, Husam Musa: “Kalau suara dalam audio itu tidak betul, Nik Abduh boleh saman bagi membersihkan namanya.”
Pendek kata menjelang PRU14, kita mendengar macam-macam ce rita. Ada fitnah Raja Gula beri duit pada DAP. Ada juga fitnah Umno bagi duit pada Pas...-S/harian

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.