https://critoxium.com/shop/

Terkini

Biarlah Najib belajar mengenali erti hidup

Oleh Mohd Sayuti Omar

KEHIDUPAN Mohd Najib bin Razak bin Hussein sebenarnya baru bermula semalam, tepatnya 10 Mei 2018 selepas beliau tergolek turun dari singgahsana kekuasaan. Erti kehidupan sebenar, beliau akan mengenalinya selepas ini partinya (Umno) mengalami kekalahan teruk sehingga menumbangkan kerajaan dipimpinnya sembilan tahun.

Itulah detik permulaan bagi seorang lelaki berusia 65 tahun itu. Agak lambat untuk dia mengenali erti kehidupan sebenar kerana dia lahir dalam keadaan bernasib baik.

Sebelum ini Najib tidak pernah menghadapi liku-liku perlaluan setajam semalam. Beliau dapat berjalan lurus dan mulus tanpa sebarang gangguan. Tidak payah menuruni lembah curam dan mendaki bukit apa lagi gunung licin berlumut. Laluanya di atas hamparan permaidani merah yang lurus dan lumus. Kasutnya tidak pernah haus.

Keselesaan ini dialaminya baik semasa beliau di zaman kanak-kanak, di zaman remaja maupun di era kepemudaan. Dunia dan zaman dilalunya indah dan "bersinar banar" (berkemilau). Begitu juga pelaluannya sebagai seorang ahli politik tidak banyak ranjau dan onak mencucuk kakinya seperti mana tokoh-tokoh lain yang sebaya dengannya atau sebelum daripadanya terpaksa mengheret dada untuk berjaya.

Semua itu kerana takdir dan nasib yang ditentukan Allah untuknya. Sebagai anak lelaki sulung beliau dikasihi dan dicintai sepenuhnya oleh kedua orang tuanya. Ayahnya Abdul Razak bin Hussein, ibunya Rahah binti Mohamed Noh. Razak dan Rahah adalah dari keturunan orang ada-ada. Razak keturunan bangsawa dari Makassar dari susur galur Sultan Hasanuddin (Bugis). Maknya dari golongan ningrat - Orang-Oarang Kaya.

Lahir dan menjadi cucu kepada orang ada-ada menjadikan kehidupan Najib bersinar banar, dia dipuja dan dibuai semahu yang boleh. Ditantang bagaikan minyak yang penuh. Tidak ada apa yang "tertala" teganggu dalam hidupnya.

Menghimbau zaman kanak-kanaknya, beliau bersekolah menengah di Institusi St. John Kuala Lumpur, sekolah terkenal dengan sekolah anak orang ada-ada. Tentu pergi dan baliknya ke sekolah dihantar dan diambil. Pasti ada pemandu khas. Jika di zaman penjajah dahulu pasti kenderaanya Pedati -- kereta kuda ditarik kuda yang perkasa.

Najib akan diletakkan di pelana direka khas dan semasa melalui jalan melewati kumpulan kawan-kawannya sedang berjalan kaki, dia akan dilambai dan membalas lambaian kawan. Indah.

Kemudian ke luar negara, menuntut di Kolej Lelaki Malven, England dan dikatakan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Industeri daripada Universiti Nottingham tahun 1974.

Sepulangnya dari England beliau berkhidmat dengan Bank Negara sebelum ke Petronas. Beliau tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerja kerana Pengerusi Petronas ketika itu Tengku Razaleigh Hamzah kawan baik ayahnya. Hubungan itu memudahkan Najib untuk mendapat kerja dan latihan iktisad di situ. Tradisi itu berlaku sampai sekarang dimana sesiapa yang ada hubungan (cable) dengan pemimpin tertinggi mudah untuk mendapatkan kerja.

Najib seorang bernasib baik dan anak bertuah, Kematian ayahanya 14 Januari 1986, memberi pesaka kuasa kepadanya, Dia bertanding di Pekan Pahang mengganti ayahnya. Pertandiungan itu dimenanginya secara percuma apabila tiadak pertandingan. Keromah dan jasa budi ayahanya meletakkan dia di situ.

Kemenangan itu menjadikan Najib muncul sebagai ahli parlimen termuda, dalam usia 23 tahun. Dan dia juga termuda dilantik menjadi Timbalan Menteri, Tenaga, Telekom dan Pos, ketika usia 25 tahun dalam kabinet bapak saudara sabitnya Hussein Onn. Beliau juga menjadi timbalan Menteri Pendidikan, Kewangan sebelum menjadi MB Pahang tahun 1982.

Dalam pilihan raya 1986 beliau diletak bertanding di parlimen kemudian dilantik menjadi timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, selepas menteri Pertahanan dan menteri Pendidikan.
Semua itu dicapai Najib dengan mudah.

Demikian juga dalam menjawat jawatan parti. Najib naik berdecun tanpa sebarang halangan dengan memulakan menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan dan dilantik menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia kemudian membawanya dipilihan menjadi MT Umno.

Tahun 1982 darjat politinya terus meningkat menjadi Naib Ketua Pemuda Umno yang kemudian diikuti dengan menjadi pemangku Ketua Pemuda apabila Anwar Ibrahim meninggalkan dunia kepemudaan untuk bertanding Naib Presiden. Dengan menuruti jejak politik Anwar, seali lagi beliau terus mendapat laluan muda apabila memang dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden Umno.

Krisis melanda Umno menyebabkan Anwar yang memegang jawatan Timbalan Presiden Umno dan juga Timbalan Perdana Menteri memberi keuntungan kepada Najib. Implikasi krisis itu akhirnya membawa beliau menuju ke kemuncak kerjaya politiknya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dengan Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Penguduran Abdullah, mengesahkan dia mengapai kedudukan sebagai PM Malaysia ke 6 dengan mudah dan selamat.

Bila diperhati kepada cara dan stail Najib berpolitik ia seorang yang playsafe, tidak mahu menanggung risiko. Najib seorang yang tidak suka kepada kontroversi apa lagi mengambil risiko untuk sama-sama memikul masalah orang lain. Semasa Anwar disingkir daripada Umno hatta ke penjara Najib tidak sedikit pun membela Anwar walaupun dengan cuba memberi simpati.

Apa dikesalkan oleh merka yang melihat Najib membina empayar atas ehsan Anwar, berasakan Najib seorang yang tidak ingat kepada jasa dan budi kawan. Beliau bersikap enau dalam belukar dalam politik.

Hari ini apabila Najib tertakdir melalui jalan perit apabila berhadapan dengan sebuah kekalahan perdana, maka kenal dan tahulah dia erti sebuah hidup dan perjuangan. Hari ini tidak ada siapa yang akan bersamanya. Takdir kalau dia akan terpaksa dingunsikan ke dalam penjara atas kesalahan bakal dihadapkan kepadanya, Najib harus menghadapi dengan kesendirian seperti mana dia tidak pernah berkongsi keselesaan dan keseronokan hidup yang dikecapi selama ini dengan kita-https://msomelayu.blogspot.my



















Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.