PM pegang janji manifesto HARAPAN, lepas portfolio pendidikan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad hari ini berkata beliau tidak boleh memungkiri janji yang
termaktub dalam Manifesto Pakatan Harapan dan membayangkan akan
melepaskan portfolio menteri pelajaran.
“Sudah ada ketetapan dalam manifesto (HARAPAN) yang saya tidak boleh mungkiri melainkan terdapat desakan memegang portfolio berkenaan,” katanya dalam sidang media khas media Pakatan Harapan di Yayasan Albukhary
Menurutnya, walaupun beliau memiliki visi untuk menambahbaik sistem pendidikan negara, beliau harus menepati janji yang terdapat dalam manifesto HARAPAN.
Mengulas mengenai situasi pendidikan, Dr Mahathir menzahirkan rasa kecewa dengan tahap kualiti pembelajaran Bahasa Inggeris dan penerapan nilai moral terutamanya di peringkat sekolah.
Mahathir berkata, disebabkan masa ibu bapa semakin terhad untuk mendidik anak-anak, penerapan nilai-nilai murni perlu menjadi keutamaan di peringkat sekolah

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.