https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bulan madu pasti berakhir, Mahathir sedar 'tidak selamanya popular'

KUALA LUMPUR,— Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Pakatan Harapan agar bersedia berdepan saat-saat ia tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Perdana menteri berkata walaupun beliau yang mengepalai kerajaan PH popular sekarang, akan tiba masa nanti orang ramai mulai bosan dengan dirinya.

“Saya tidak boleh selalu popular. Suatu hari nanti, saya akan menjadi tidak popular kerana apabila berada dalam kerajaan, anda perlu lakukan perkara yang tidak popular.

“Jadi [populariti saya] bukan sesuatu yang kekal,” katanya dalam wawancara dengan South China Morning Post, akhbar yang berpangkalan di Hong Kong.

“Tetapi buat masa sekarang, tentu sahaja, berbanding zaman saya [dulu] dan Najib, mereka memilih kehidupan yang mereka jalani sewaktu zaman saya.”

Sejak menang pilihan raya bulan lalu, imej Dr Mahathir berubah sama sekali, daripada pemimpin yang dianggap keras kepada tokoh pembaharuan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.