Pemimpin amanah menurut Islam
Oleh Nurul Izzah Anwar
“HAI orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati ALLAH dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui”- Surah al-Anfal: 27
Sambutan Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan saban tahun sentiasa mengingatkan kita tentang dasar Islam sebagai ad-Din: pemasyhuran kehidupan sebagai manifestasi prinsip beragama. Di sebalik setiap bait indah yang diturunkan ALLAH SWT buat panduan seluruh umat manusia, ia wajib ditafsir dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang membina.
Di samping pendekatan ibadah, hukum undang-undang serta sejarah peradaban terdahulu, al-Quran turut menitikberatkan soal penstrukturan masyarakat berlandaskan nilai moral dan jati diri yang utuh.
Elemen amanah dan tanggungjawab khususnya, diangkat secara konsisten dan terus-menerus dalam usaha mewujudkan komuniti yang maju dan harmoni.
Unsur tersebut pastinya berkait rapat dengan aspek kepimpinan, baik dari perspektif individu, kelompok mahupun negara. Dan sudah tentu, amanah dan tanggungjawab terbesar jatuh pada insan-insan terpilih yang diberi mandat untuk memacu sesebuah negara ke tahap tertinggi.
Alhamdulillah, pada hari ini, Malaysia meniti fasa baru di bawah pemerintahan bertunjangkan kebajikan rakyat. Teras ketelusan, integriti dan akauntabiliti wajar memperkukuh pelaksanaan Agenda Reformasi di dalam pentadbiran negara.
Saya berdoa, semoga setiap kepimpinan agensi berwajib seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Felda dan Tabung Haji menjaga hak dan keperluan rakyat sebaiknya. Berakhir sudah tempoh gelap penyalahgunaan peranan dan dana, kadar pembelian aset yang tidak logik dan melampau, serta kegiatan tersembunyi melangkaui batas kuasa yang ditetapkan.
Laporan terkini tentang kejatuhan merudum Felda menampakkan keperluan jelas untuk melantik pemimpin yang berkaliber dan ikhlas. Masakan tidak, pembelian kediaman dan tanah luar negara mencecah nilai berbilion ringgit tidak diterangkan kepada rakyat dan para peneroka yang seharusnya menerima manfaat.
Walhal hutang dan kebajikan para peneroka Felda kurang diendahkan, hanya diperolokkan melalui pemberian ‘gula-gula’ pilihan raya.
Kenyataan menggusarkan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, seorang pakar ekonomi dan ahli Majlis Penasihat Kerajaan tentang kerugian besar Felda dan 1MDB boleh dijadikan sandaran untuk mengukur keupayaan dan kredibiliti moral seseorang pemimpin organisasi.
#MalaysiaBaru hari ini, ingin melihat warisan pemimpin dan masyarakat berpayungkan topi amanah dan kesedaran umum.
#MalaysiaBaru hari ini, hanya akan berkekalan dengan kesinambungan khalifah yang mengutamakan dasar manusiawi berbanding kepentingan peribadi.
#MalaysiaBaru hari ini, bakal merencana masa depan gemilang dengan pembinaan masyarakat yang berani bersuara, terbuka dan mementingkan pembangunan kolektif di setiap pelosok negara.
Pada Ramadan yang mulia ini, rakyat Malaysia wajar menzahirkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa, atas peluang dan kurnia-Nya ke atas kita sehingga berjaya mengubah landskap politik negara tanpa sebarang pertumpahan darah.
Tetapi harus diingat, jatuhnya tentera Islam dalam Perang Uhud disebabkan kegagalan mendukung amanah, rebahnya tamadun-tamadun teragung kerana ketamakan yang membarah.
Buat semua pemimpin negara di setiap blok, hentikan persengketaan dan tumpukan pada kemajuan. Jalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, seiring manifesto yang dijanjikan - berlandaskan inti pati al-Quran yang diteladani.
* YB Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Naib Presiden Keadilan

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.