Perang dagang Amerika tidak akan jejas Malaysia
Oleh MAZLI NOOR
PAS sedang memerhati
dan meneliti perkembangan terkini pertikaian perdagangan antara Amerika
Syarikat (AS) dan China, Kanada, Mexico serta Kesatuan Eropah. Ini
lanjutan tindakan terbaharu AS yang mengenakan tarif import sebanyak 25%
ke atas barangan besi dan 10% ke atas barangan aluminium yang diimpot
daripada negara-negara tersebut. Laporan terbaharu menyatakan bahawa
negara-negara terbabit sedang merangka tindak balas bagi melindungi
eksport mereka.
Walaupun
Malaysia tidak terlibat di dalam pertikaian ini, namun sebagai sebuah
negara perdagangan yang bergantung kepada ekspot, akan ada kesan jangka
panjang kepada ekonomi Malaysia sekiranya pertikaian ini berpanjangan.
AS bukanlah rakan dagangan utama
Malaysia. Mengikut statistik daripada MATRADE, rakan dagangan terbesar
Malaysia adalah Singapura pada 13.5% diikuti oleh China yang menyumbang
12.3% dan AS sebanyak 9.3%. Manakala lima ekspot utama terbesar Malaysia
pula adalah barangan elektrik dan elektronik pada 36.6%, kimia dan
barangan kimia (9.5%), barangan petroleum (6.9%), minyak sawit (5.3%)
dan perkakas mesin dan peralatan (4.8%).
Melihat kepada konfigurasi perdagangan
Malaysia ini, maka PAS menjangkakan pertikaian antara AS dan blok
tersebut tidak akan mendatangkan kesan dalam tempoh terdekat kerana
ianya hanya melibatkan besi dan aluminium. Namun apa yang dibimbangi
adalah sekirannya pertikaian ini berpanjangan sudah tentu AS juga akan
bertindak kepada sekutu dagangan blok tersebut bagi tujuan memberi
tekanan dan ini juga berkemungkinan boleh melibatkan Malaysia juga.
Buat masa ini, PAS berpandangan Kerajaan
perlu untuk merapatkan lagi hubungan dengan blok tersebut, terutamanya
China, kerana dalam situasi yang sedang berlaku sekarang, sudah tentu
mereka memerlukan rakan dagangan baharu yang boleh menyumbang pasaran
yang lebih terjamin.
Di samping itu, PAS juga menyarankan
kepada Kerajaan supaya memperkukuhkan lagi blok ekonomi serantau
sepertimana AEC dan RCEP. Asean dengan saiz penduduk melebihi 600 juta
sudah cukup untuk menyediakan pasaran kepada Malaysia dalam memastikan
pertumbuhan dagangan dan ekonomi Malaysia secara progresif. Orientasi
AEC dan RCEP yang lebih bersifat Asia juga akan mampu mewujudkan suasana
kerjasama ekonomi yang lebih harmoni dan hormat menghormati sesama
negara ahli.
Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.