https://critoxium.com/shop/

Terkini

Saya bangga melihat Ervin, kata Yeoh

Generasi muda seharusnya diberikan ruang untuk menyatakan pendapat masing-masing, kata Anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Kenyataan itu dibuat selepas Yeoh - yang juga wakil rakyat DAP - dikritik salah seorang pemimpin PKR kerana menerima sumbangan seorang pelajar sekolah rendah, Ervin Devadasan, bagi pihak Tabung Harapan Malaysia.

"Kepada semua orang yang mengkritik langkah membenarkan Ervin (Devadasan) menderma kepada Tabung Harapan Malaysia, saya nak katakan ini: Sekaranglah masanya untuk kita membenarkan anak muda menyatakan pendapat mereka secara bebas dan kita berikan sokongan apabila niat mereka mulia.

"Dia mahu membantu negaranya. Dia bercakap dengan keyakinan. Saya berbangga dengan Ervin, dan saya yakin kita ada banyak cerita yang sama di seluruh Malaysia. Teruslah lakukan apa yang betul," katanya melalui hantaran di Facebook.

Terdahulu anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya menegur sidang media yang diadakan di pusat khidmat Yeoh sempena penyerahan sumbangan Devadasan, 12, untuk Tabung Harapan Malaysia.

Kata Devasan, wang itu dikumpulkannya selama beberapa bulan dengan niat asal untuk membeli satu set dram.

Kata Latheefa tindakan menguar-uarkan sumbangan daripada pelajar tahun enam itu adalah aksi murahan dan tidak wajar dilibatkan dalam politik.

Kata Yeoh, dia tidak berasa malu sama sekali menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Devasan itu.
Sebaliknya kata bekas speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu, pihak yang patut aib ialah orang yang mencuri wang pembayar cukai sehingga mendorong kerajaan mewujudkan tabung berkenaan.

Kata Yeoh Tabung Harapan Malaysia juga bukan tabung politik sebaliknya ditubuhkan sebagai reaksi terhadap kesanggupan ribuan warga Malaysia meringankan beban hutang negara.

"Saya beritahu Ervin supaya menyimpan wang berkenaan dan membeli set dram yang diidamkannya. Dia enggan sebab katanya, Malaysia sedang memerlukan. Bapanya juga hadir (semasa penyerahan itu)," katanya.-Mkini

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.