Pengerusi Felda masih misteri
Oleh NARAZA MUDA
SEJAK perletakan Tan
Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda pada 14 Mei 2018
sehingga kini, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum melantik seseorang
untuk mengisi kerusi ini.
Shahrir yang hanya berkhidmat setahun
lebih dan menjadi Pengerusi Felda yang paling singkat dari kalangan
tokoh politik dilantik ke jawatan ini.
Selepas tragedi skandal Tan Sri Isa
hancurkan Felda menjadi punca kemarahan warga Felda terhadap Kerajaan,
Shahrir dilihat orang yang mampu memulihkan Felda, namun tidak
sepertimana diharapkan kerana kesan kerosakan yang ditinggalkan oleh Isa
sangat besar dan warga Felda menghukum Barisan Nasional (BN) dalam PRU
lalu sebagai terjemahan kemarahan mereka.
Pengerusi Felda yang pertama dilantik
dari kalangan ahli politik bermula dengan Tan Sri Yusof Nor yang
dilantik pada 1 Julai 2001 sehingga Disember 2010. Ahli Parlimen dari
Terengganu ini tidak banyak mewujudkan polimik pentadbiran dan mampu
mengekalkan prestasi tradisi Felda sehinggalah Isa merosakkannya melalui
pelan transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu
Dato' Seri Najib.
Selepas kejatuhan Najib dan BN, Perdana
Menteri ketujuh, Tun Mahathir meletakkan Felda di bawah Kementerian Hal
Ehwal Ekonomi tidak mengekalkan seliaan Felda di bawah Jabatan Perdana
Menteri.
Warga Felda melihat ada sesuatu yang
tidak kena apabila selepas dua bulan pembentukan Kerajaan baharu, kerusi
Pengerusi Felda gagal diisi dan dibimbangi memberi persepsi yang tidak
baik dan akan menjejaskan pentadbiran kumpulan.
Oleh itu Kabinet PH perlu menyegerakan
pelantikan Pengerusi Felda sama ada mengekalkan pelantikan dari kalangan
ahli politik ataupun kembali kepada kaedah sebelum orang politik
diserap masuk. Pelantikan segera jawatan ini juga mampu memberi
keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk melihat Felda kembali stabil dan
pulih dari imej teruk zaman Najib.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.