Anwar biar Dr Mahathir PM lepas jadi wakil rakyat
Oleh Oleh Abdul Rahim Sabri
PETALING JAYA, 18 Ogos ― Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Tun Dr Mahathir Mohamad terus mentadbir walaupun ketua umum PKR itu dipilih menjadi anggota parlimen.
Menyerah keyakinan kepada perdana menteri menguruskan pentadbiran, namun Anwar enggan membenarkan sebarang usaha memutuskan hubungan mereka, lapor Sinar Harian.
“Saya pun sudah memberitahu Dr Mahathir bahawa saya akan melihat urusan Parlimen, biarlah saya melihat pembaharuan Parlimen dan Dr Mahathir terus menguruskan negara,” katanya.
Mengakui menerima tawaran kerusi parlimen tertentu, Anwar mengakui beliau dan Dr Mahathir “sudah cukup matang” untuk berjuang dalam pertempuran itu.
Sementara
itu, bekas menteri kewangan itu menafikan dakwaan kononnya beliau
menggunakan nama Rafizi Ramli sebagai “alat” demi menjadi perdana
menteri.
Mengakui naib presiden PKR itu “rakan sekerjanya”, tambah Anwar, Rafizi ada intelektual politik sediri dan “tidak semurah” melakukan perkara yang menjejaskan peribadinya.
“Saya tidak mahu menggunakan individu-individu yang bertanding, mereka mesti mematuhi etika, tidak ada fitnah untuk membeli fitnah kerana bertentangan dengan peraturan,” kata Anwar.
PETALING JAYA, 18 Ogos ― Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Tun Dr Mahathir Mohamad terus mentadbir walaupun ketua umum PKR itu dipilih menjadi anggota parlimen.
Menyerah keyakinan kepada perdana menteri menguruskan pentadbiran, namun Anwar enggan membenarkan sebarang usaha memutuskan hubungan mereka, lapor Sinar Harian.
“Saya pun sudah memberitahu Dr Mahathir bahawa saya akan melihat urusan Parlimen, biarlah saya melihat pembaharuan Parlimen dan Dr Mahathir terus menguruskan negara,” katanya.
Mengakui menerima tawaran kerusi parlimen tertentu, Anwar mengakui beliau dan Dr Mahathir “sudah cukup matang” untuk berjuang dalam pertempuran itu.
Mengakui naib presiden PKR itu “rakan sekerjanya”, tambah Anwar, Rafizi ada intelektual politik sediri dan “tidak semurah” melakukan perkara yang menjejaskan peribadinya.
“Saya tidak mahu menggunakan individu-individu yang bertanding, mereka mesti mematuhi etika, tidak ada fitnah untuk membeli fitnah kerana bertentangan dengan peraturan,” kata Anwar.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.