PRK Seri Setia: Orang berbudi kita berbahasa
Oleh NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
ORANG tua terdahulu
cekal tabah dan sabar menghadapi tekanan dan dendam Umno BN ke atas
mereka. Mereka istiqamah di jalan Allah dengan PAS dan perjuangan Islam.
Dengannya mereka pasti mendapat laba besar di akhirat nanti insya
Allah.
Hari ini, generasi baru adalah untuk
Malaysia baharu dan politik Islam yang lebih dinamik dan terbuka.
Sejarah bukan untuk dibalas dengan dendam dan kemarahan. Ia bukan pun
menambah pahala, bahkan mungkin sahaja meruntuhkannya kembali.
Perpecahan bukanlah satu kejayaan untuk dikecapi.
Carilah pahala dan redha-Nya dengan meneroka sesuatu yang lebih baru, benar dan tepat buat umat Islam.
Perpecahan adalah dipaksakan pada zaman
sayyidina Ali karramaLlahu wajhahu. Keadaan amat kelam dan menyedihkan.
Tetapi, sebaik anaknya, sayyidina Hasan bin Ali mengambil alih khilafah
daripada ayahandanya, beliau meneroka sesuatu yang luar biasa.
Khilafah umat diserahkan secara damai
kepada saingan ayahnya iaitu sayyidina Muawiyah radhiaLlahu anhu dengan
syarat beliau mengusahakan kesatuan umat yang menamatkan kelam
perpecahan umat. Muawiyah menerimanya dan beliau berjaya melakukannya
dengan segera dan sempurna. Itulah lambang persaudaraan yang terpasak
teguh di persada politik umat.
PRK N32 Seri Setia sedang menyaksikan penerokaan politik baharu, sambungan daripada PRK Sungai Kandis.
Semalam saya berkata, orang PAS undilah
Umno. Hari ini saya tidak perlu lagi berkata, orang Umno undilah PAS. Ia
sedang dan pasti berlaku insya Allah.
Orang memberi kita merasa.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.